Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
149 PESERTA TAMAT BENGKEL BRAILLE, ORIENTASI DAN MOBILITI

‚Äč041119-majlis penutup bengkel braille (7).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Jabatan Pembangunan Masyarakat, KKBS

Foto: Hjh Ajijah Ali - KKBS

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 4 November 2019 - Bengkel Braille, Orientasi dan Mobiliti yang diadakan sebanyak empat fasa sejak bulan April yang lalu menutup tirainya hari ini dengan Majlis Penutup berlangsung di Dewan Darul Imtiyaz, Pusat Bahagia Brunei Muara, Kampung Pulaie.

041119-majlis penutup bengkel braille (2).jpg

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan Majlis Penutup Bengkel tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Bengkel tersebut dianjurkan bersama Unit Pemulihan Dalam Komuniti (UPDK), Bahagian Orang Kelainan Upaya (OKU), Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM); Unit Pendidikan Khas (UPK), Kementerian Pendidikan; Unit Pendidikan Khas Ugama (UPKU), Jabatan Pengajian Islam; Jabatan Ophthalmology, Kementerian Kesihatan dan Brunei Darussalam National Association of the Blind (BDNAB).

041119-majlis penutup bengkel braille (1).jpg

Seramai 149 peserta telah menyertai bengkel ini yang terdiri daripada ibu bapa pelatih OKU penglihatan, agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGOs), pihak swasta dan juga orang persendirian.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Awang Md Izan Safree bin Radat, seorang individu OKU Penglihatan dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Guru Ugama Pusat Bahagia Tutong, Awang Tarif bin Ali.

041119-majlis penutup bengkel braille (6).jpg

Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Awang Haji Mohd Tahir dan taklimat dari Klinik Mata, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Ophthalmology, Kementerian Kesihatan, Pengiran Dr. Noor Affizan binti Pengiran Haji Abdul Rahman.

041119-majlis penutup bengkel braille (3).jpg

Majlis diakhiri dengan tayangan video mengenai aktiviti-aktiviti peserta sepanjang mengikuti bengkel dan disudahi dengan penutupan rasmi Bengkel Braille, Orientasi dan Mobiliti bagi tahun 2019 oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

041119-majlis penutup bengkel braille (8).jpg

Attachments
Created at 11/5/2019 9:39 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 11/5/2019 9:39 AM by Lee Chin Foo