Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
FZ SUMBANGKAN PERALATAN SUKAN KEPADA PKWE

‚Äč071019 technogym equipment PKWE Lambak (1).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi - Penerangan

Foto: Hjh Ajijah Ali - KKBS

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 7 Oktober 2019 - Fitness Zone (FZ) dengan kolaborasi bersama Demensia Brunei (DB) hari ini menyumbangkan sejumlah tujuh buah peralatan latihan senaman sukan bertaraf antarabangsa, TechnoGym bagi kegunaan Pusat Kegiatan Warga Emas Brunei Muara.

Sumbangan yang berlangsung di PKWE, Perpindahan Lambak Kanan itu bersempena memperingati Sambutan Hari Antarabangsa Warga Emas dan juga Bulan Demensia Sedunia pada tahun ini.

Hadir selaku tetamu kehormat di sini ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

071019 technogym equipment PKWE Lambak (6).jpg

Sumbangan atas keprihatinan Pengasas dan Pengarah Urusan FZ, Wu Chun yang juga Duta DB itu jelas mencerminkan usaha dalam membantu, memupuk  dan menggalakkan masyarakat di negara ini peka untuk mengurangkan risiko penyakit otak degeneratif itu dan menikmati kehidupan yang lebih sihat.

Duta DB itu juga sangat menggalakkan dan menggariskan kepentingan kesihatan yang baik dan membawa kehidupan yang sihat.

Menyentuh mengenai Demensia, Wu Chun juga menekankan kita perlu bekerjasama mewujudkan perubahan yang positif dengan mengubah pemikiran orang, perilaku dan kondisi dan bukan hanya dalam tatacara penjagaan demi mengharungi Demensia.

Sehubungan dengan adanya sumbangan tersebut, PKWE sangat menggalakkan dan mengalu-alukan orang ramai terutama sekali warga emas untuk sama-sama menghargai kesihatan dengan melakukan rutin latihan senaman di PKWE dan ia juga dibukakan secara percuma bagi pengunjung yang datang.

071019 technogym equipment PKWE Lambak (2).jpg

071019 technogym equipment PKWE Lambak (12).jpg

071019 technogym equipment PKWE Lambak (10).jpg

PKWE juga berharap kepada para pengunjung yang datang dan menggunakan peralatan tersebut secara berhemat dan cermat selain menjaga kebersihan persekitaran pusat berkenaan.

Langkah sedemikian juga sejajar dengan penubuhan FZ bagi ke arah menjana masyarakat untuk menjaga kecergasan sambil berseronok melakukannya.

Begitu juga dengan DB, sebuah badan amal bukan kerajaan dan tidak berasaskan keuntungan yang berperanan memupuk kesedaran akan Demensia selain memeduli kebajikan komuniti Demensia di negara ini.

071019 technogym equipment PKWE Lambak (7).jpg

Attachments
Created at 10/8/2019 8:57 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 10/8/2019 9:00 AM by Lee Chin Foo