Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
SBYLEP PELUANG BERKONGSI MAKLUMAT DALAM KEUSAHAWANAN

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Saerah Haji Abdul Ghani - Penerangan

Foto: LC Foo - KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 6 Oktober 2019 - Program Pertukaran Kepimpinan Belia Singapura - Brunei (SBYLEP) memberi ruang kepada para pesertanya berkongsi maklumat mengenai penemuan para belia dalam keusahawanan, keluarga dan alam sekitar berdasarkan pengalaman mereka melalui sesi interaktif dengan profesional tempatan dalam bidang-bidang tertentu.

Sehubungan itu, perkongsian bagi tujuan tersebut diadakan pada Sesi Refleksi pada Majlis Penutup program yang berlangsung di Mangrove Paradise Resort, Kampung Sungai Belukut.

061019-SBYLEP Closing (4).jpg

Hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said.

Program dijalankan selama tujuh hari yang melibatkan 30 pemimpin belia bertujuan bagi meningkatkan hubungan masing-masing di kalangan ahli-ahli profesional negara yang semakin meningkat.

061019-SBYLEP Closing (5).jpg

Seramai 15 belia Singapura dan 15 belia Brunei berpeluang untuk mengenali lebih lanjut mengenai cara kehidupan masyarakat Brunei, mengetahui beberapa tempat menarik di beberapa daerah dan juga berkesempatan berkongsi pendapat semasa sesi interaktif bersama beberapa agensi mengenai Wawasan Brunei 2035, peranan belia dalam menangani masalah alam sekitar, serantau dan juga bagaimana untuk menghadapi cabaran dunia di masa depan dengan revolusi industri dan teknologi yang semakin canggih.

Kemuncak program kali ini adalah bertemu dengan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri semasa perjumpaan ramah mesra di Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong baru-baru ini.

061019-SBYLEP Closing.jpg

061019-SBYLEP Closing (1).jpg


Program SBYLEP Kali Ke-6 yang bertemakan 'Future Youth Ready' diharap dapat meningkatkan lagi pemahaman para belia mengenai peluang dan cabaran yang akan dihadapi, serta dapat mengambil iktibar dan pengalaman-pengalaman bagi menyumbang kepada masa depan kedua-dua buah negara melalui kemajuan teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Bermula di tahun 2014, program ini dianjurkan secara bergilir-gilir dengan Republik Singapura dan telah disertai oleh lebih 100 pemimpin belia terdiri dari pelbagai latar belakang dan profesi.

061019-SBYLEP Closing (3).jpg

Attachments
Created at 10/7/2019 10:02 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 10/7/2019 10:05 AM by Lee Chin Foo