Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Persatuan Boling 10 Pin sertai MMBC

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Noraisah Haji Muhammed - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

SERIA, Rabu, 6 Disember 2017 - Seramai 13 ahli Persatuan Boling 10 Pin akan mewakili Negara Brunei Darussalam bagi menyertai Pertandingan MMBC Penang Pesta International Bowling Championship 2017.

Majlis Penyerahan Bendera berlangsung di VIP Room, Dewan Pusat Insani, Seria diserahkan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof kepada Ketua Rombongan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Persatuan Boling 10 Pin Daerah Belait, Dr. Sannay bin Haji Mohammad.

Penyertaan tersebut bertujuan untuk meningkatkan mutu permainan dan sekali gus mempelajari teknik permainan yang betul dalam permainan sukan berkenaan.

Ia adalah penyertaan kedua yang melibatkan 13 ahli persatuan tersebut yang terdiri daripada lapan lelaki dewasa, seorang remaja dan empat peserta wanita.

Rombongan akan bertolak Jumaat ini dan kembali pada 16 Disember, pertandingan akan diadakan di Megamall Bowling Centre, Prai, Pulau Pinang.

Antara kategori yang dipertandingankan, Kategori Graded 'B' Men dan Senior (Lelaki), Youth (Lelaki Remaja) dan Graded 'B' Women (Wanita).


Attachments
Created at 12/7/2017 10:59 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/16/2017 2:40 PM by Lee Chin Foo