Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
DIKIR SYARAFIL ANAM BERGEMA DI MASJID KILANAS

DSC_5091.JPG

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Rohani Haji Abdul Hamid - Penerangan

Foto : Hj Mohd Norfaizal bin Hj Mat Salleh - KKBS

KILANAS, Jumaat, 1 Disember 2017 - Bagi menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam 1439 Hijrah / 2017 Masihi, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Kilanas menganjurkan Majlis Berdikir Syarafil Anam sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang diselajurkan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim, Kampung Kilanas. Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd.Yussof. Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah yang diimamkan oleh Imam masjid tersebut, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan diteruskan dengan bacaan Dikir Syarafil Anam. Majlis disusuli dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah, diikuti dengan Dikir Marhaban dan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan oleh imam masjid. Majlis diakhiri dengan penyampaian derma dari tabung khas untuk anak-anak yatim dari Masjid Kampung Kilanas kepada 23 anak yatim. Ia merupakan aktiviti tahunan bagi Takmir Masjid Kilanas untuk mengeratkan lagi silaturahim di antara semua para jemaah masjid Kampung Kilanas khasnya penduduk Kampung Kilanas dan sekitarnya.

Attachments
Created at 12/4/2017 4:18 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/4/2017 4:18 PM by Lee Chin Foo