Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
IBADAH KORBAN ZAHIRKAN RASA SYUKUR

‚Äč130819-MajlisKorbanKKBS -1.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Aimi Sani-Penerangan

Foto: Hjh Ajijjah Ali-KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 13 Ogos 2019 - Ibadah korban adalah di antara amalan yang sangat dituntut oleh agama Islam dan mempunyai banyak hikmah serta kelebihan antaranya sebagai tanda syukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala terhadap nikmat dan rezeki yang dikurniakan-Nya dan juga merupakan antara jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

Kesanggupan Nabi Ibrahim Alaihissalam melaksanakan segala perintah Allah termasuk perintah untuk menyembelih anak yang disayangi elok dicontohi oleh kaum Muslimin dengan turut menyembelih binatang ternakan.

130819-MajlisKorbanKKBS -6.jpg

Perkara tersebut merupakan antara perisian tazkirah yang disampaikan oleh Imam Masjid Universiti Brunei Darussalam (UBD), Awang Haji Jufri bin Haji Hidup pada Majlis Ibadah Korban Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) bagi tahun 1440 Hijrah / 2019 Masihi bertempat di Dewan Digadong kementerian berkenaan, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat seterusnya mengagihkan daging-daging korban berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Turut mengagihkan daging-daging korban berkenaan ialah Setiausaha-setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil dan Pengiran Mohd. Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

130819-MajlisKorbanKKBS -2.jpg

130819-MajlisKorbanKKBS -4.jpg

Sebanyak enam ekor sapi dan dua ekor kerbau dikorbankan tahun ini di mana daging-daging ibadah korban tersebut diagihkan kepada 300 penerima terdiri daripada golongan fakir miskin, anak-anak yatim dan para peserta ibadah korban.

Aidiladha dan ibadah Hari Tasyriq antara lainnya mendidik jiwa untuk berserah sepenuhnya kepada kekuasaan Allah Subhanahu Wata'ala, sifat taqwa, reda dan melahirkan syukur kepada-Nya.

130819-MajlisKorbanKKBS (16).jpg

130819-MajlisKorbanKKBS -SUT NJ.1.jpg

130819-MajlisKorbanKKBS -SUT PA.1.jpg

130819-MajlisKorbanKKBS -Norkhalbi.2.jpg

Attachments
Created at 8/14/2019 9:45 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 8/14/2019 9:45 AM by Lee Chin Foo