Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
417 PENERIMA DAGING KORBAN SUNAT DI DAERAH TEMBURONG

‚Äč110819-MajlisKorbanTEMBURONG-2.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita dan Foto: Muhammad Akmal Haji Ali - Penerangan

 

TEMBURONG, Ahad, 11 Ogos 2019 - Majlis Pengagihan Daging-daging Ibadah Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berserta kerabat baginda diadakan serentak di keempat-empat daerah.

Bagi Daerah Temburong, acara pengagihan daging korban tersebut berlangsung di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar.

110819-MajlisKorbanTEMBURONG-1.jpg

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan pengagihan tersebut, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Unit Pemantauan dan Aduan Masjid Daerah Temburong, Awang Haji Kamarulzaman bin Kamis.

Persembahan Laungan Takbir Hari Raya daripada guru-guru agama lelaki Daerah Temburong memeriahkan lagi majlis tersebut sebelum daging-daging ibadah korban diagih-agihkan kepada para penerima yang berhak menerimanya.

Pada tahun ini, seramai 196 orang yang berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan 221 orang di bawah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) menerima Agihan Daging Korban Sunat Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat baginda bagi Tahun 1440 Hijrah / 2019 Masihi.

Juga hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu; Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awang Abdul Ghani bin Haji Othman; Penolong Pegawai Daerah Temburong, Awang Mohd. Khairul Shahrul bin Haji Duahim; Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Awang Haji Jamil bin Haji Abd. Ghani; Penghulu-penghulu Mukim; Ketua-ketua Kampung; Ahli Jawatankuasa Kerja; dan para penerima khas daripada kalangan Asnaf Fakir dan Miskin dari MUIB; juga warga emas dan ibu tunggal dari JAPEM.

Attachments
Created at 8/13/2019 10:48 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 8/13/2019 10:48 AM by Lee Chin Foo