Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KONVENSYEN PEMIMPIN MUDA BRUNEI TUTUP TIRAI

BYLC_01.jpg

Sumber:

Berita: Oleh : Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Haji Ali 

RIMBA, Khamis, 8 Ogos. - Konvensyen Pemimpin Muda Brunei (Brunei Young Leaders Convention - BYLC) menyatukan agensi-agensi yang berkepentingan dalam pembangunan belia dan memberikan platform kepada para peserta untuk melaksanakan projek atau program yang mampu mendukung untuk mencapai hasrat Wawasan Brunei 2035. Konvensyen yang bermula sejak 6 Ogos lalu berakhir hari ini pada satu majlis yang berlangsung di Institut Perkhidmatan Awam, di sini. 

Hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penutup konvensyen tersebut, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin. Juga hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Haji Ahmad selaku Pengerusi BYLC 2019; Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; dan Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan), KKBS, Kolonel (B) Pengiran Haji Maidin bin Pengiran Haji Said. Pada majlis tersebut, Yang Berhormat juga mengadakan sesi interaksi bersama para peserta BYLC 2019. 

BYLC_03.jpg

Terdahulu, sebanyak tiga buah forum dilaksanakan pada hari terakhir konvensyen, iaitu Forum Ekonomi yang Dinamik dan Berdayatahan; Forum 'Resultbased and Impactful MultiSectoral Effort (P.R.I.M.E) Whole-of-Nation Approach'; dan Forum Project Management (Funding, Implementation, Results and Evaluation - F.I.R.E). Forum 'Result-based and Impactful Multi-Sectoral Effort (P.R.I.M.E) Whole-of-Nation Approach' dikendalikan oleh Javed Ahmad, Awang Haji Mohammad Loqman Al-Hakim bin Haji Hamdan, Del Goh, Haji Syed Mohammad Yassin bin Haji Syed Anayatullah Shah, Alwani Shaidun dan Dayangku Hanna Afiqah binti Pengiran Hassanal. Forum terakhir konvensyen, iaitu Forum Project Management (Funding, Implementation, Results and Evaluation - F.I.R.E) dikendalikan oleh Mukhammadjon Khakimov, Mohammad Gaddafy bin Haji Shadoon, Nurul Hadina Haji Alias, Hani Masir dan Haji Zainal. 

Konvensyen itu merupakan kali kedua ia diadakan, dianjurkan oleh Perspective Insan, Al-Huffaz Management dan Generasi Bekarih dengan tujuan bagi memobilisasikan para belia untuk bergiat aktif dalam mencapai Wawasan Brunei 2035. Semasa konvensyen tersebut para peserta menghadiri forum, klinik bersama para mentor dan berpeluang untuk berinteraksi juga membina rangkaian bersama para mentor dan para belia yang berpengalaman juga bergiat aktif dalam menyumbang kepada pembangunan negara. Konvensyen juga menyediakan sebuah platform yang dinamakan 'Youth Pavilion', di mana para persatuan bukan kerajaan dan keusahawanan sosial untuk berkongsi projek, aktiviti dan pengalaman masing-masing melalui pameran. 

BYLC_02.jpg

Bagi maklumat lanjut mengenai konvensyen tersebut bolehlah melayari lama sesawang www.bylcovention.com atau melalui lama sosial Instagram / Twitter @bylconvention dan Facebook Brunei Young Leaders Convention 2019.

Attachments
Created at 8/10/2019 3:19 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 8/13/2019 10:53 AM by Lee Chin Foo