Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
TIGA PESERTA PROJEK PRIHATIN I TERIMA BANTUAN MESIN

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Pembangunan Masyarakat


BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 8 Julai 2019 - Biro Kemasyarakatan dan Perhubungan (BKP), Majlis Perundingan Kampung (MPK) RPN Panchor Mengkubau, Mukim Mentiri dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), mengadakan Majlis Projek Prihatin I petang ini berlangsung di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

080719-Penyerahan Mesin Rumput (1).jpg

Hadir selaku tetamu kehormat merasmikan majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

080719-Penyerahan Mesin Rumput (6).jpg

Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Mohammad bin Pengiran Haji Osman @Othman; Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (Pengurusan Strategi dan Dasar), Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan), Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said; Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Awang Haji Mohd. Tahir; Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II selaku wakil Pegawai Daerah Brunei Muara, Awang Rosdin bin Haji Abdul Aziz serta Ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung RPN Kampung Panchor Mengkubau.

080719-Penyerahan Mesin Rumput (2).jpg

Projek Prihatin I merupakan projek percubaan (pilot projek) Biro Kemasyarakatan dan Perhubungan (BKP), MPK RPN Panchor Mengkubau bagi membantu keluarga memerlukan yang mempunyai tanggungan yang ramai dan tidak mencukupi tetapi mempunyai kemahuan yang tinggi untuk berusaha dan mencari pendapatan sendiri.

Selain itu, antara inisiatif projek ini ialah membantu peserta yang telah terpilih untuk diberikan alat mesin rumput bagi mereka menjalankan usaha khidmat memotong rumput untuk menambah pendapatan keluarga mereka.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ucapan alu-aluan dari Penyelaras Projek Prihatin I iaitu Dayang Fatimah binti Haji Jamil diikuti dengan ucapan daripada tetamu kehormat, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Acara diteruskan dengan penyerahan bantuan mesin rumput kepada tiga peserta Projek Prihatin I, iaitu Mohammad Fakhrul Zul Azmi bin Haji Yusof berusia 29 tahun dari RPN Kampung Mengkubau; Nazri Azimi bin Asnan, 28 tahun dari RPN Meragang dan Mohammad Khairul Azdi bin Haji Mohammad Tamit, 31 tahun dari Wasai Limuru, RPN Tanah Jambu.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

080719-Penyerahan Mesin Rumput (5).jpg

Attachments
Created at 7/9/2019 9:27 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 7/9/2019 9:27 AM by Lee Chin Foo