Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
LEBIH 200 BELIA SERTAI BWN STREET FEST

‚Äč070719-BWN-1.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Big BWN Project 

Foto: Zuhri Ramzi & Izah Azahari (Borneo Bulletin)

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 7 Julai 2019 - BWN Street Fest II telah memeriahkan Bandar Seri Begawan dengan menampilkan lebih 200 penyertaan belia tempatan dari pelbagai bidang.

Acara anjuran Big BWN Project dengan sokongan Progresif Cellular Sendirian Berhad (PCSB) itu berlangsung di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Kompleks Yayasan).

Hadir menyaksikan acara tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Juga hadir, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

Dengan mengetengahkan konsep budaya jalanan, acara tersebut menampilkan pelbagai jenis makanan jalanan, seni jalanan serta fesyen dan sukan jalanan.

BWN Street Fest juga sebagai pendedahan kepada orang ramai untuk mengetahui usahawan-usahawan belia tempatan dan juga membangunkan prospek pelanggan baharu dan juga mewujudkan kesedaran dalam masyarakat tentang kepentingan generasi muda.

Big BWN Project juga telah bekerjasama dengan lebih banyak kumpulan belia tempatan untuk menjayakan BWN Street Fest pada tahun ini, terutama dalam menggalakkan keterlibatan dan kerjasama belia serta menonjolkan kemahiran dan bakat mereka dalam bidang masing-masing.

Antara yang terlibat adalah Shooting Star Academy; Guerrilla Artchitects Studio; Bruhooders; RYSK BMX; Begawan Fixed Gear; Prestasi Prim; Jakeyweez dan UneekSk8shop.

BWN Street Fest tahun ini juga menampilkan kelainan dengan mempromosi inisiatif Brunei Sisa Sifar dan mesra alam sekitar iaitu menggalakkan orang ramai untuk membawa barang kitar semula mereka sendiri seperti bekas, cawan, botol dan sebagainya bagi mengurangkan penggunaan plastik.

Attachments
Created at 7/8/2019 10:14 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 7/8/2019 10:14 AM by Lee Chin Foo