Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
BERUSAHA MELIBATKAN DIRI KE ARAH KEBAIKAN

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita/Foto: Hernie Suliana Haji Othman - Penerangan


LUMAPAS, Isnin, 3 Jun 2019 - Golongan belia selaku generasi pemimpin pada masa akan datang diseru untuk mengambil inisiatif melibatkan diri dengan sesuatu yang boleh meningkatkan iman dan menguatkan diri dengan ilmu dan sistem sokongan (support system) yang sentiasa membawa kepada kebaikan dan sikap positif.

Di samping itu, apa saja peluang yang datang kepada mereka merupakan rezeki dari Allah Subhanahu Wata'ala untuk mereka belajar menjadi pemimpin dan menerima cabaran memperbaiki diri.

Perkara tersebut antara yang diutarakan pada Majlis Pertemuan Belia dan Kepimpinan Belia Ramadan tahun 1440 Hijrah 2019 Masihi yang berlangsung di Masjid Kampung Lumapas.

030619-MajlisPertemuanBelia-1.jpg

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan), KKBS, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said.

Dua ahli panel jemputan iaitu Penolong Pensyarah Pusat Ilmu Teras Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB), Awang Nazirul Mubin bin Ahad dan Mahasiswi Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dayang Siti Julaiha binti Puasa telah mengongsikan ilmu dan pengalaman serta buah-buah fikiran yang boleh dijadikan panduan ke arah menjadi seorang belia yang berwawasan.

030619-MajlisPertemuanBelia-2.jpg

Perkumpulan seumpamanya merupakan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) sebagai salah satu usaha menyatupadukan para belia dan kepimpinan belia di dalam satu forum membicarakan "Menuju Belia Rabbani."

Majlis diteruskan dengan bertahlil dan berbuka puasa, diakhiri dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah.

Attachments
Created at 6/4/2019 12:48 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 6/4/2019 12:48 PM by Lee Chin Foo