Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PROJEK KAMI PEDULI BANTU 40 KELUARGA

‚Äč020619-KamiPeduli-Sut.1.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita dan Foto : Noraisah Haji Muhammed - Penerangan


SERIA, Ahad, 2 Jun 2019 - Sebagai sebahagian daripada inisiatif memberi semula kepada masyarakat, Projek Kami Peduli Legasi 45 menghulurkan sumbangan kepada 40 keluarga kurang berkemampuan di Daerah Tutong dan Daerah Belait.

Penyerahan sumbangan pada majlis yang diadakan di Pusat Insani, Seria ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohd. Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

Antara yang hadir, Pemangku Ketua Kampung Sungai Teraban, Awang Zaini bin Haji Kaderi, kakitangan Progresif Cellular Sdn. Bhd., Ahli-ahli Shine Cycle Studio dan Ahli-ahli LEGASI 45.

Dalam temu bual Pelita Brunei bersama salah seorang penerima, Awang Jaberi bin Awang Pandie @ Pengiran Jaberi bin Pandie melahirkan rasa terharu dan gembira atas pemedulian masyarakat yang prihatin juga memberi sumbangan kepadanya yang kini terpaksa menggunakan kerusi roda disebabkan sakit kaki dan uzur.

Beliau yang dahulunya bekerja sebagai Kapten Feri juga melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas sumbangan yang diberikan.

Dengan adanya inisiatif seumpama itu diharap akan mengurangkan beban kewangan dan membantu para penerima sumbangan dalam membuat persiapan hari raya akan tiba.

Projek merupakan inisiatif bekas Peserta Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun Ke-45 dengan kerjasama Hand4handbn dan disokong oleh Progresif Cellular Sdn. Bhd., Gemarlapan Management, Jaya Centrepoint Hypermart Sdn. Bhd., Brave Han Enterprise dan Shine Cycle Studio.

Attachments
Created at 6/3/2019 10:28 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 6/3/2019 10:28 AM by Lee Chin Foo