Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MENDEKATKAN MASYARAKAT DENGAN KERJA AMAL

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Oleh : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Hernie Suliana Haji Othman, Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin - Penerangan

Foto : Hajah Ajijah Ali, Hj Mohd Syazwan bin Hj Abd Jalil, Ak Zainorisnan Pg Othman - KKBS

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 13 Mei 2019 - Program Kembara Amal Ramadan merupakan usaha Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan khususnya jaringan-jaringan kebeliaan dan kemasyarakatan dalam menyemarakkan bulan Ramadan dengan aktiviti menziarahi kediaman golongan yang kurang berkemampuan.

Di Daerah Temburong, hadir mengetuai rombongan KKBS ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

130519-Temburong (4).jpg

Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu selaku Penghulu Mukim Bokok, dan Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) KKBS, Dayang Saidah binti Haji Wahid @ Burut.

Sebanyak enam buah rumah yang dikenal pasti memerlukan bantuan telah dikunjungi bermula di Kampung Belais, Kampung Kenua, Kampung Rataie, Kampung Amo dan terakhir di Bangar Kem Temburong.

130519-Temburong (6).jpg

Pada kunjungan ziarah tersebut, Yang Berhormat menyampaikan pelbagai sumbangan seperti keperluan asasi dan keperluan yang lain kepada para penerima.

Selain itu, aktiviti membersihkan rumah dan persekitaran juga diungkayahkan di rumah-rumah tertentu oleh rombongan belia dan Alumni Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) sebagai sumbangan kerja amal dan khidmat bakti mereka.

130519-Temburong (7).jpg

Bagi Daerah Tutong, hadir mengetuai rombongan pertama ialah Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar) KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil.

Rombongan Datin Paduka Dr. Hajah Norlila mengunjungi sebanyak dua buah rumah bermula dari Kampung Padnunok dan berakhir di Kampung Bukit Sulang, Jalan Lamunin.

 130519-TutongDatin.1.JPG

Sementara rombongan kedua diketuai oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan) KKBS, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said yang mengunjungi kediaman di Kampung Panchong, Lamunin; seterusnya ke Kampung Bukit, Mukim Ukong; dan berakhir di Kampung Lubok Pulau.

Juga hadir, Ahli-ahli MMN, Yang Berhormat Awang Ramli bin Haji Lahit selaku Penghulu Mukim Telisai dan Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong selaku Penghulu Mukim Tanjong Maya.

Sementara itu, mengetuai rombongan kembara ke Mukim Labi, Daerah Belait bagi menyempurnakan penyampaian barangan keperluan ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) KKBS, Pengiran Mohd. Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud dan Ahli MMN, Yang Berhormat Awang Hanafi bin Mohd. Siput selaku Ketua Kampung Labi I.

130519-Belait.SUTPg Amir.3.jpg

Rumah penerima pertama yang disinggahi bagi Mukim Labi ini ialah kediaman Awang Muhammad Ian Eszuan bin Sabirin, 15 tahun di Kampong Mendaram Kecil, Labi 2.

Rombongan seterusnya bergerak ke rumah kedua yang terletak di Kampong Gatas, Labi 1 iaitu di kediaman Awang Muhammad Asyraf bin Julie, 17 tahun, diikuti dengan rumah ketiga yang dimiliki oleh Hajah Janibah binti Haji Md. Tahir, 84 tahun yang terletak di Kampung Terunan Labi.

 

Kembara Amal Ramadan diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Imam Masjid Kampong Labi, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Mohd. Nazzeley bin Norashid.

 

Pada waktu yang sama, tiga lagi penyampaian sumbangan turut diadakan secara serentak bertempat di sekitar Mukim Sungai Liang.

 

Hadir menyempurnakan penyampaian sumbangan tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), KKBS, Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.

 130519-Belait (10).jpg

Pada kembara tersebut, sebanyak tiga lagi rumah kediaman yang dikunjungi.

Rumah pertama yang dikunjungi terletak di Kampung Keluyuh, Sungai Liang kepunyaan Awang Ibrahim bin Jait.

Manakala dua lagi rumah seterusnya terletak di Kampung Sungai Bakong masing-masing dimilik oleh Dayang Selina @ Salina binti Abdullah dan Awang Amirin bin Bujang.

Program tahunan tersebut merupakan inisiatif untuk mendekatkan golongan belia dan masyarakat dengan aktiviti keagamaan dan kerja amal serta kesukarelawanan di bulan yang penuh berkat ini.

Attachments
Created at 5/14/2019 1:20 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 5/14/2019 1:51 PM by Lee Chin Foo