Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
AKTIVITI KEAGAMAAN SEMARAKKAN BULAN RAMADAN

‚Äč110519-MasjidPulaie.2.JPG

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 11 Mei 2019 - Dalam sama-sama menyemarakkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) memulakan siri Tadarus Al-Quran di masjid-masjid bermula di Masjid Pulaie, di sini.

Hadir mengetuai rombongan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Juga hadir, Setiausaha Tetap, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Timbalan Setiausaha Tetap, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said; ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya dan para Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pulaie.

110519-MasjidPulaie.7.JPG

110519-MajidPulaie.4.JPG

Majlis diisikan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, Tadarus Al-Quran (Juz 1-10), dan solat Asar berjemaah.

Pada majlis tersebut, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan waqaf sumbangan dari warga KKBS serta jabatan-jabatan di bawahnya kepada Imam Masjid Pulaie, Awang Zakaria bin Haji Mohd. Salleh.

Majlis berkenaan merupakan antara aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadan yang dimuatkan dalam kalendar tahunan KKBS bagi memupuk kerjasama dan silaturahim dalam kalangan warga KKBS dan pihak-pihak yang berkepentingan.

110519-MasjidPulaie.5.JPG

110519-MasjidPulaie.3.JPG
Attachments
Created at 5/12/2019 4:48 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 5/14/2019 9:15 AM by Lee Chin Foo