Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
ROCKETEERS JUARA PIALA YDP

140419Kejohanan Bola Jaring.2.jpg

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto: Dk. Nur Hafilah Pg. Osman - Penerangan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 14 April 2019 - Pasukan Rocketeers muncul juara selepas berjaya menewaskan pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) dengan keputusan 36-30 mata pada perlawanan akhir Kejohanan Bola Jaring Piala Yang Di-Pertua (YDP) Kali ke-2 Tahun 2019.

Kejohanan anjuran Persatuan Bola Jaring Brunei Darussalam (BNA) itu berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, di sini.

Berangkat menyertai kejohanan berkenaan dalam pasukan Rocketeers ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

140419Kejohanan Bola Jaring.2.jpg

Pada kejohanan kali ini, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah berjaya menerima Anugerah Penyerang Terbaik.

Turut menyertai kejohanan tersebut dalam pasukan Angel Net ialah cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raheemah Sanaul Bolkiah binti Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dayang Hajah Saidah binti Haji Wahid / Burut.

140419Kejohanan Bola Jaring.5.jpg

Juara membawa pulang Piala Pusingan YDP, Piala Iringan dan wang tunai BND300.

Kejohanan kali ini juga memilih Anugerah Penjaring Terbaik dan Anugerah Penghadang Terbaik masing-masing dianugerahkan kepada 21987 Soldadu Nur Ady Elzza Erzrenna binti Sofian dan 21392 Sarjan Nurazimah binti Abdul Latif dari pasukan MS ABDB.

Terdahulu, diadakan penyampaian hadiah bagi Kejohanan Bola Jaring Bawah 21 Tahun yang dijuarai oleh pasukan Wildcats, diikuti dengan pasukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam (MSSBD) di tempat kedua dan tempat ketiga disandang oleh pasukan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE).

Bagi Kejohanan Bola Jaring Bawah 21 Tahun, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raheemah Sanaul Bolkiah yang juga dari pasukan Wildcats telah berjaya menerima Anugerah Penjaring Terbaik.

Manakala, Anugerah Penyerang Terbaik dan Anugerah Penghadang Terbaik masing-masing dianugerahkan kepada Mazarina Anak Sujar dan Raiefiza Radimas juga dari pasukan Wildcats.

Sebanyak 12 buah pasukan berentap pada kejohanan tersebut dengan pecahan kepada dua kumpulan iaitu bagi Kumpulan 'A' terdiri daripada Strivers XOXO, Rocketeers, EDU.net, Angel Net, Target dan Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MS PDB).

Sementara itu, dalam Kumpulan 'B' pula terdiri daripada MS ABDB, DST, Sixty9, Red Butterfly, MSSBD dan Doppleganger.

140419Kejohanan Bola Jaring.4.jpg

Attachments
Created at 4/15/2019 9:31 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 4/15/2019 9:31 AM by Lee Chin Foo