Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
BIBD GALAKKAN GENERASI MUDA MILIKI RUMAH

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Saerah Haji Abdul Ghani - Penerangan

Foto: Mohd. Sahrizal Haji Said - Penerangan


BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 12 April 2019 - Dalam usaha berterusan Bank lslam Brunei Darussalam (BIBD) untuk menggalakkan pemilikan rumah dengan menyediakan platform sehenti bagi memiliki rumah, terutamanya kepada generasi muda, Festival Pameran Rumah (Home Showcase Festival) Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) Kali Ke-14 diadakan, bertempat di Cawangan BIBD Kiulap, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan festival tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil.

Selain menawarkan kadar diskaun dan pengecualian ke atas yuran pemprosesan serta hadiah korporat BIBD secara percuma bagi pendaftaran untuk pembiayaan dan kad kredit, pelanggan yang melanggan BIBD Aspirasi sekurang-kurangnya BND1,000 akan memperoleh Digital Coin Box.

BIBD juga mengambil peluang mempamerkan QuickPay sebagai sebahagian daripada usahanya untuk kemudahan transaksi melalui teknologi yang diterajui dengan mudah alih.

Perkhidmatan seperti QuickPay adalah sebahagian daripada platform BIBD NEXGEN yang memenuhi keperluan mobiliti dan kemudahan, bertujuan untuk merapatkan jurang digital antara pelanggan dan pemilik perniagaan, terutama para usahawan.

Pelanggan boleh menjalankan urus niaga tanpa tunai pada festival tersebut, kerana kebanyakan vendor yang mengambil bahagian menggunakan BIBD QuickPay.

Di samping itu, pelanggan boleh mendapatkan BIBD NEXGEN Foldable Shopping Bag sementara stok masih ada dengan perbelanjaan minimum BND10.

Acara ini juga menjadi ruang bagi usahawan tempatan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana serta rakan ejen dan pereka dalaman untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka.

Festival ini juga menampilkan Kenviews, seorang pakar reka bentuk dalaman yang biasanya melayani golongan profesional muda yang mahukan penampilan yang unik dan kontemporari untuk rumah baharu mereka.

Ketua Perbankan Runcit BIBD, Dayang Hajah Nurul Akmar binti Haji Md. Jaafar menjelaskan, membeli rumah impian menjadi matlamat dalam kehidupan sebaik sahaja memiliki kerjaya yang hebat dan semestinya kita ingin memiliki rumah yang diingini, iaitu tempat untuk bersama keluarga.

Di BIBD jelasnya, memastikan bahawa ia akan dapat dicapai dengan memudahkan keperluan pelanggan dalam setiap langkah.

Festival berkenaan dibukakan bagi kunjungan orang ramai bermula hari ini hingga 14 April depan dari jam 9 pagi hingga 7 malam.


Attachments
Created at 4/13/2019 10:03 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 4/13/2019 10:34 AM by Lee Chin Foo