Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KEJOHANAN RENANG KUMPULAN UMUR ASIA TENGGARA KE-41 DIRASMIKAN

DSC_1082.jpg

DSC_1133.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Aimi Sani - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS​

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 11 November 2017 - Kejohanan Renang Kumpulan Umur Asia Tenggara Ke-41 (41st SEA Age Group Swimming Championship) yang berlangsung selama tiga hari bermula kelmarin telah dirasmikan pagi ini oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku tetamu kehormat. Kejohanan yang mengambil tempat di Kolam Renang, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Naib Presiden Persatuan Renang Amatur Brunei (Brunei Amateur Swimming Association - BASA), Awang Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa, selaku Pengerusi Kejohanan. Beliau menjelaskan, seramai 235 peserta terdiri daripada sembilan buah negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia, Republik Filipina, Republik Singapura, Thailand, Viet Nam, Kemboja dan Myanmar menyertai kejohanan tersebut. Para peserta ujarnya, terdiri daripada 100 peserta perempuan dan 135 peserta lelaki dari kumpulan umur 10 hingga 18 tahun. Kejohanan ini dianggap sangat penting kerana ia diakreditasi sebagai pertandingan kelayakan untuk Sukan Olimpik Belia pada 2018. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan perasmian daripada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan diikuti dengan Pertandingan 100 Meter Medley Berganti-Ganti.

Attachments
Created at 11/14/2017 2:37 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 11/14/2017 2:37 PM by Lee Chin Foo