Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MD. SHAHWAL JOHAN TENPIN BOLING HK35

‚Äč100319-TenpinBowling.1.JPG

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 10 Mac 2019 - Kejohanan Tenpin Boling Sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam  Ke-35 bagi tahun 2019 anjuran Kongres Tenpin Boling Negara Brunei (NBDTBC) yang bermula 28 Februari lalu di Pusat Boling I-Bowl, berakhir dengan Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang.

Hadir selaku tetamu kehormat menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Terdahulu, acara dimulakan dengan perlawanan penentuan bagi merebut tempat pertama kejohanan bagi Kategori Perseorangan antara Md. Shahwal bin Mustapa dan Awangku Haziqquddin Shah Wardi bin Pengiran Anak Hishamuddin Shah Mardi. Manakala perlawanan bagi Kategori Kumpulan telah diadakan Ahad lepas, 3 Mac 2019.

Johan Kategori Perseorangan disandang oleh Md. Shahwal bin Mustapa setelah berjaya meraih 221 jatuhan pin manakala Awangku Haziqquddin Shah Wardi bin Pengiran Anak Hishamuddin Shah Mardi meraih Naib Johan dengan 202 jatuhan pin.

Pemenang tempat ketiga Kategori Perseorangan dimenangi oleh Awang Ahmad Hajizi bin Awang Haji Bakar dengan 180 jatuhan pin.

Bagi Kategori Kumpulan pula, Johan diraih oleh Kumpulan POA, Naib Johan Kumpulan NSDY manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh Kumpulan PBBM 2 dan Kumpulan CKT Bowlers.

Sementara itu, Dayang Fatin Adilah binti Haji Mahadi memenangi High Series Wanita setelah berjaya meraih 765 jatuhan pin manakala High Series Lelaki diraih oleh Mohd. Al-Amin bin Haji Abd. Hamid dengan 683 jatuhan pin.

Kategori Wanita pula dimenangi oleh Hajah Ardiah binti Haji Serbini manakala Kategroi Senior disandang oleh Mohammad bin Waslee dan Pengiran Haji Yasfadillah bin Pengiran Haji Md. Yassin memenangi Kategori Graded.

100319-TenpinBowling.6.JPG

100319-Bowling.Prize giving.jpg

Terdahulu dalam ucapan Pengerusi Kejohanan, Pengiran Mohammad Rudisofy bin Pengiran Haji Tajuddin antaranya menjelaskan, NBDTBC sedang giat mengadakan sesi latihan intensif bagi para atlet untuk memupuk semangat yang ada dalam diri atlet selain membimbing mereka bagi membolehkan menyertai Sukan SEA tahun ini, serta kejohanan-kejohanan antarabangsa yang lain pada tahun 2019 dan  tahun-tahun akan datang.

100319-TenpinBowling.10.JPG

Lebih daripada 50 peserta mengikuti kejohanan ini yang terdiri daripada peserta-peserta di keempat-empat daerah.

Antara tujuan kejohanan  adalah bagi mengeratkan silaturahim antara para pemain dan komuniti boling di samping meningkatkan mutu boling di negara ini dan juga untuk mempertengahkan lagi bakat dan keupayaan para pemain boling tanah air bersaing di peringkat antarabangsa.

Acara ini merupakan julung kali dianjurkan oleh Kongres Tenpin Boling Negara Brunei (NBDTBC) sejak penubuhan semulanya pada tahun 2018 yang lalu.

100319-TenpinBowling.8.JPG100319-TenpinBowling (13).JPG

Attachments
Created at 3/11/2019 10:14 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 3/11/2019 10:14 AM by Lee Chin Foo