Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Pameran Kaligrafi Islam Kukuhkan Hubungan Brunei – India

DSC_1032.jpg[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

November 10th, 2017, Kota BatuPameran Kaligrafi Islam merupakan acara rasmi Festival India di Negara Brunei Darussalam bersempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta pada tahun ini.

Kerajaan India menghargai akan signifikan Sambutan Jubli Emas yang menjadi sejarah negara ini dan berhasrat untuk mengiktiraf sumbangan peribadi ke hadapan majlis Kebawah DYMM dalam memperkukuhkan lagi hubungan dua hala melalui festival berkenaan.

Pesuruhjaya Tinggi India ke negara ini, Puan Yang Terutama Nagma M. Mallick berucap demikian pada Pameran Kaligrafi Islam berlangsung di Muzium Teknologi Melayu, di sini.

PYT menjelaskan, India dapat mempelajari dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan perasaan yang menyeluruh mengenai Sambutan Jubli Emas sebagai tanda kesyukuran.

''Kami berasa pameran seumpama itu menyanjungi kata Yang Maha Esa dan membuktikan ketaatan pada agama, tarikan artistik dan kemahiran kaligrafi India yang merupakan acara terbaik bagi festival tersebut,'' jelasnya.

Tambahnya, mereka menghargai dan gembira mendatangkan beberapa contoh seni yang indah dari Perpustakaan Rampur Raza, India ke negara ini.

Pameran ini katanya, tanda persahabatan dan perpaduan kerajaan India pada kerajaan dan kepada rakyat Negara Brunei Darussalam.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

Sebanyak 36 kepingan fotografi kaligrafi berupa koleksi istimewa dan menarik dipamerkan termasuk salinan faksimile kaligrafi Al-Quran pada kurun Ke-7 hasil tulisan Hazrat Ali (R.A).

Orang ramai berpeluang untuk menyaksikan pameran tersebut bermula 9 hingga 25 November, dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang, manakala Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi dan disambung kembali dari jam 2.00 petang hingga 4.30 petang.

Attachments
Created at 11/11/2017 3:07 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 11/13/2017 1:24 PM by Lee Chin Foo