Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
DPMM FC METERAI PERJANJIAN BERSAMA PEMAIN, PENAJA

‚Äč110219-PenandatanganDPMM (11).jpg[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Rohani Haji Abdul Hamid - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 11 Febuari 2019 - Majlis Penandatanganan Kontrak Kelab Bola Sepak DPMM (DPMM FC) dengan pemain-pemain dan penaja-penaja bagi Kejohanan Bola Sepak Liga Singapura 2019 telah diadakan di Hotel Centrepoint, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat menyaksikan majlis penandatanganan tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Majlis penandatanganan dimulakan dengan Penandatanganan Kontrak Pemain di antara DPMM FC dengan 25 pemain kelab bola sepak tersebut diikuti dengan Penandatanganan Kontrak di antara DPMM FC dengan penaja-penaja kejohanan.

Menandatangani bagi pihak DPMM FC ialah Pengurus kelab berkenaan Pengiran Haji Muhd. Waslimin bin Pengiran Setia Jaya Pengiran Haji Abdul Momin dan Pengurus Pasukan, Awang Ali bin Haji Momin.

110219-PenandatanganDPMM (2).jpg

Sementara pihak penaja yang terdiri dari DST; Mitsubishi Corporation; Brunei Shell Marketing Co. Sdn. Bhd.; Royal Brunei Airlines Sendirian Berhad; Baiduri Bank Berhad; Hertz; Hui Huang Enterprise (Brunei); Nazmi Textile Mall; A.K.K Design:, Lotto:, ST Balm dan Golden Tree Sendirian Berhad diwakili oleh pengurus-pengurus atau pegawai-pegawai tinggi syarikat masing-masing.

Majlis diteruskan dengan Penandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara DPMM FC dengan AKK Design, Penerbit Rasmi Brunei DPMM FC Match Day Magazine 2019.

Pada majlis tersebut, tetamu kehormat seterusnya menyampaikan pemberian cenderamata daripada DPMM FC kepada para penaja.

Majlis juga diselajurkan dengan Pelancaran Jersi DPMM FC Musim 2019, iaitu 'Home and Away jersey'.

110219-PenandatanganDPMM (12).jpg

110219-PenandatanganDPMM (16).jpg

110219-PenandatanganDPMM (15).jpg

Attachments
Created at 2/12/2019 10:11 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/12/2019 10:11 AM by Lee Chin Foo