Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PERSIDANGAN KELUARGA BAHAGIA 2019 HASILKAN TUJUH RESOLUSI

‚Äč06.02.19-Penyerahan Revolusi Sempena Hari Keluarga (11).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 6 Februari 2019 - Persidangan Keluarga Bahagia 2019 sempena Hari Keluarga menghasilkan  tujuh resolusi mengikut tema, iaitu Pendidikan; Dasar dan Penguatkuasaan Undang-undang; Perkhidmatan; Kewangan; Kesihatan; Pemantauan dan Penyelidikan.

Perkara tersebut dibentangkan oleh salah seorang Ahli Persatuan Siswazah Wanita (PSW), Dr. Dayang Hajah Hairuni binti Haji Mohamed Ali Maricar semasa Majlis Pembentangan dan Penyerahan Resolusi persidangan tersebut yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

06.02.19-Penyerahan Revolusi Sempena Hari Keluarga (7).jpg

Pihak berwajib katanya, perlu memantapkan secara berterusan pendidikan sepanjang hayat, duniawi dan ukhrawi melalui sistem pendidikan negara bagi mewujudkan keluarga sakinah, iaitu antaranya dengan sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah dan menerapkan sifat-sifat kerohanian, ketakwaan serta akhlak yang tinggi.

Dasar dan Penguatkuasaan Undang-undang pula jelasnya, perlu sentiasa diteliti dari semasa ke semasa dan disesuaikan mengikut keadaan dan keperluan masa kini.

Di bawah tema perkhidmatan pula, beliau menekankan bahawa pihak yang berkaitan perlu meningkatkan sokongan dan memperbanyakkan program-program kaunseling suami isteri dan keluarga seperti memberikan kemahiran menangani masalah rumah tangga atau kekeluargaan; mengenal pasti dan meningkatkan kefahaman mengenai punca perceraian secara objektif dan bukannya secara emosi dan mengukuhkan keharmonian keluarga dengan memastikan program-program tersebut diadakan secara berterusan.

Beliau seterusnya menegaskan agar semua pihak yang berkaitan sama ada agensi kerajaan dan bukan kerajaan menggiatkan lagi usaha-usaha menggalak dan mengembangkan secara berterusan mengenai dengan pendidikan awal dalam perancangan kewangan yang termasuk mengenal pasti perbezaan di antara keperluan dan kemahuan; perancangan dan pengurusan kewangan jangka panjang yang bijaksana serta peningkatan kesedaran masyarakat untuk berjimat cermat bagi mengelakkan pembaziran.

Tambahnya lagi, pihak yang berkaitan sama ada agensi kerajaan dan bukan kerajaan menggiatkan lagi usaha-usaha menggalak dan mengembangkan secara berterusan langkah-langkah pembaikan bagi pencegahan penyakit tidak berjangkit (seperti kegemukan, kencing manis, penyakit jantung, kanser dan lain lain) melalui pendidikan formal dan tidak formal.

Sementara itu, di bawah tema kajian pula beliau menyatakan bahawa pihak yang berkaitan terutama yang berautoriti menyediakan kemudahan termasuk dari segi peruntukan kewangan bagi meningkatkan usaha-usaha menggalak dan mengembangkan dengan lebih intensif dan secara berterusan melaksanakan kajian menyeluruh mengenai dengan isu-isu masyarakat berhutang termasuk faktor-faktor berhutang mengikut implikasinya kepada kewangan keluarga.

Pihak berkaitan juga menurutnya, perlu menyediakan kemudahan-kemudahan termasuk prasarana, kewangan dan program bimbingan supaya 'support group' seperti kumpulan agama dan agensi bukan kerajaan dapat menjalankan dan menjayakan aktiviti mereka.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

06.02.19-Penyerahan Revolusi Sempena Hari Keluarga (10).jpg

Pada majlis tersebut, Yang Dipertua Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD), Datin Hajah Dayang Siti Hajar binti Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Awang Mohd. Yusof telah menyerahkan resolusi tersebut kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Persidangan Keluarga Bahagia 2019 sempena Hari Keluarga dianjurkan oleh MWNBD dan dikelolakan oleh PSW dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Antara tujuan persidangan tersebut diadakan ialah bagi sama-sama menangani isu-isu berkaitan kekeluargaan dan kemasyarakatan serta menjadi platform untuk forum bagi pertukaran pengalaman serta perbincangan mengenai isu-isu berkaitan keluarga, wanita dan kanak-kanak.

 06.02.19-Penyerahan Revolusi Sempena Hari Keluarga (8).jpg06.02.19-Penyerahan Revolusi Sempena Hari Keluarga (12).jpg

Attachments
Created at 2/7/2019 9:39 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/7/2019 9:39 AM by Lee Chin Foo