Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
UTAMAKAN KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN ORANG KELAINAN UPAYA

Forum HAOKU-09.01 (32).jpg

​[Sumber: Pelita Brunei]

Oleh: Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 8 Januari 2019 – Usaha-usaha berterusan seperti sistem pendidikan yang inklusif, pemberian pencen dan elaun kurang upaya, program-program kemahiran termasuk perkhidmatan dalam komuniti serta pelancaran satu Garispandu Rekabentuk Bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) Negara Brunei Darussalam oleh pihak Kementerian Pembangunan pada bulan November 2018 menunjukkan komitmen tinggi semua pihak di negara ini dalam mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan orang kelainan upaya sepanjang masa.

Ke arah itu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) juga komited dalam merealisasikan satu pusat yang akan menempatkan Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (MKOKU) bersama semua persatuan yang menjaga kesejahteraan golongan OKU.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri  Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin semasa Majlis Forum Sempena Sambutan Hari Antarabangsa OKU bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

Apa yang turut penting tambah Yang Berhormat, adalah komitmen yang berterusan untuk terus mencetus dan melaksanakan idea-idea kreatif dalam pemerkasaan dan kesejahteraan golongan OKU termasuk melalui pembaikan program-program yang disediakan di Pusat Bahagia.

Forum HAOKU-09.01.19-Persatuan.2.jpg

Di samping itu katanya, Pusat Pembangunan Belia juga akan merancang program-program khusus bagi warga OKU yang bertujuan untuk meningkatkan peluang pekerjaan bagi mereka bermula tahun ini.

Menyentuh mengenai komitmen kerajaan di peringkat antarabangsa, Yang Berhormat berkata, perjuangan hak OKU telah dibuktikan apabila Negara Brunei Darussalam meratifikasikan United Nation Convention on Rights of Persons with Disabilities pada 11 April 2016 yang mana merupakan penanda di perhatian dunia bahawa negara ini sentiasa komited terhadap golongan OKU dan sentiasa berusaha untuk melibatkan mereka dalam arus kemajuan negara.

Oleh itu tegasnya, dengan memanfaatkan 'whole of nation approach' semua pihak perlu sama-sama berganding bahu dalam penyediaan lebih banyak platform dan peluang yang bermakna kepada golongan OKU dalam pembangunan negara, terutamanya penglibatan mereka dalam alam pekerjaan.

Forum HAOKU-09.01 (16).jpg

"Apa yang turut penting, pendaftaran warga OKU juga amat kritikal demi untuk membantu pihak kerajaan dan agensi-agensi yang berkepentingan merancang program-program dan kemudahan-kemudahan yang bersesuaian untuk golongan OKU. Berdasarkan statistik terkini daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat, jumlah OKU yang berdaftar setakat ini adalah 6,506 orang.  Dalam kesempatan ini saya amatlah mengalu-alukan semua pihak terutama ibu bapa dan penjaga untuk mendaftarkan warga OKU dibawah jagaan mereka ke Jabatan Pembangunan Masyarakat demi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk mereka," ujarnya lagi.

Terdahulu itu, Yang Berhormat melahirkan perasaan gembira dan berbangga dengan kejayaan dan impak tinggi yang telah dicapai oleh warga OKU termasuk dalam bidang sukan, bidang pendidikan dan bidang ekonomi.

Forum HAOKU-09.01 (30).jpg

Forum HAOKU-09.01.19-Persatuan.1.jpg

Inisiatif-inisaitif yang telah dilaksanakan katanya, menunjukkan bahawa persatuan dan warga OKU mempunyai idea-idea di luar kotak (outside the box) dan mereka akan terus menerima dukungan dan sokongan melalui inisiatif-inisiatif seperti itu agar ianya akan berterusan dan ditingkatkan lagi demi untuk melihat lebih ramai golongan OKU yang menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Menyentuh tentang tema sambutan kali ini iaitu "Memperkasakan Orang Kelainan Upaya Dan Memastikan Penglibatan dan Kesaksamaan", Yang Berhormat menerangkan bahawa ianya amatlah sejajar dengan hala tuju Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam memastikan golongan OKU diberikan peluang kesaksamaan dalam semua aspek kehidupan sama seperti anggota masyarakat yang lain.

Forum HAOKU-09.01 (26).jpg


Attachments
Created at 1/9/2019 9:09 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 1/9/2019 10:32 AM by Lee Chin Foo