Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
FESTIVAL MEMANAH TRADISIONAL BRUNEI DILANCARKAN

Memanah.05.01.19-2.JPG

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita dan Foto: Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin


JERUDONG, Sabtu, 5 Januari 2019 - Festival Memanah Tradisional Brunei bersempena Festival Disember Brunei (BDF 2018) selama tiga hari telah disempurnakan pelancarannya oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil.

Festival anjuran Ar-Rafi Archery Brunei  yang bermula kelmarin berlangsung sehingga Ahad ini di Kompleks Sukan Jerudong.

Acara dimulakan dengan tetamu kehormat dijemput untuk melawat pameran yang disediakan oleh Ar-Rafi Archery Brunei mengenai panah tradisional, diikuti dengan tetamu kehormat merasmikan festival berkenaan dengan memecahkan belon menggunakan panah tradisional.

Ketua Jurulatih Memanah, Ar-Rafi Archery Brunei, Awang Md. Suni bin Haji Mahmud ketika ditemu bual oleh Pelita Brunei menjelaskan festival tersebut antara lain bertujuan untuk meningkatkan kesukanan negara dalam aktiviti memanah.

Aktiviti tersebut juga untuk menarik minat para belia yang berkeinginan dalam aktiviti memanah yang mana sebelum ini hanya dibukakan aktiviti memanah biasa (dekat), manakala pada kali ini pula dibukakan dengan aktiviti memanah jarak jauh dihadapan jurulatih-jurulatih tempatan yang mendapat pengiktirafan selaku pelatih memanah, jelasnya lagi.

Juga hadir ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mehmet Suat Akgun dan tetamu-tetamu jemputan seramai 80 orang daripada luar negara.


Attachments
Created at 1/7/2019 9:45 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 1/7/2019 9:45 AM by Lee Chin Foo