Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PROGRAM KREATIF INDUSTRI PLATFORM BELIA BERBAKAT

Creative Industry05.01.19-3.JPG

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman


BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 5 Januari 2019 - Penyediaan platform yang bermakna dan berterusan akan dapat memberikan peluang kepada belia-belia kita yang berbakat, kreatif dan inovatif untuk sama-sama menyumbang kepada pembangunan negara secara signifikan dan berlandaskan nilai-nilai falsafah Melayu Islam Beraja.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin pada Majlis Pelancaran Malam Minggu Pusat Belia (MMPB) yang berlangsung di Dewan Riadah, Pusat Belia (PB), di ibu negara.

Ke arah ini, tambah Yang Berhormat, Program Kreatif Industri ini amat disambut baik, kerana program seperti ini akan memberikan impak yang meluas dalam pencetusan lebih banyak idea dan inisiatif bagi membangun industri kreatif di Negara Brunei Darussalam.

''Sememangnya, dalam menerokai industri kreatif, apa yang turut penting ialah bagi para belia kita untuk sentiasa bersatu padu dalam memanfaatkan kolaborasi antara satu sama lain. Dalam usaha bersama ini, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan turut memberikan sokongan kuat kepada Industri Kreatif belia kita yang merangkumi pelbagai bidang,'' jelas Yang Berhormat.

Terdahulu, Pengerusi Majlis, Hajah Noor Monasalieana @ Suzie binti Haji Mohd. Salleh dalam ucapan alu-aluannya antara lain mengharapkan MMPB dapat membantu golongan belia secara individu atau berkumpulan untuk berkembang dan menunjukkan hasil karya mereka secara terbuka, di samping memberikan peluang pekerjaan dan sedikit sebanyak menjana ekonomi negara dan menarik pelancong luar.

Creative Industry05.01.19-performance.1.JPG

creative indsutri-05.01.19-aktiviti.4.JPG

MMPB merupakan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan dan Sukarelawan Belia yang diadakan pada malam minggu pertama setiap bulan,  dengan mengadakan aktiviti-aktiviti pro-aktif yang memaksimakan penggunaan kemudahan dan fasiliti seperti Dewan Riadah, Dewan Silaturahim, Studio Muzik dan Tarian, Ruang Belia Kitani, Kolam Renang dan juga Ruang Kafe sepanjang tahun dengan pelbagai rancangan aktiviti bulanan dipimpin oleh kalangan para belia sendiri.

Antara aktiviti yang diadakan pada malam perasmian tersebut adalah Cosplay dan Facepainting oleh Persatuan Cosplay Bebas Brunei; persembahan teater berjudul 'Takdir' oleh Sutera Memento; persembahan tarian dan nyanyian oleh Amux Motion; uji bakat oleh Creative Content Group; aktiviti temu bual bersama Pro-Networkers Team (PNT) dan Kelab Komuniti Belia Transformasi (KKBT) serta petak-petak jualan.

Di samping itu MMPB juga berhasrat untuk menghidupkan semula kemeriahan Pusat Belia yang akan menyambut Ulang Tahun Ke-50 pada penghujung tahun 2019 nanti.

Creative Industri-05.01.19-performance.4.JPGcreative industri-05.01.19-aktiviti.1.JPG

Attachments
Created at 1/7/2019 9:38 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 1/7/2019 9:38 AM by Lee Chin Foo