Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
TKBS TERIMA SUMBANGAN BND13 RIBU

‚ÄčDerma05.01.19-2.JPG

[Sumber: Pelita Brunei]

Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Pembangunan Masyarakat


BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 5 Januari 2019 - Satu majlis penyerahan derma kepada Tabung Kemanusiaan Bencana Sulawesi (TKBS) berjumlah BND12,000 daripada Rabithah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Brunei Darussalam diadakan  di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin menerima sumbangan yang diserahkan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yussof selaku Raes Rabithah Antarabangsa Alumni Azhar Brunei Darussalam.

Turut menghulurkan sumbangan di majlis berkenaan ialah Pemangku Pengarah Urusan Hani Marzuqi Car Rental Sendirian Berhad, Pengiran Haji Abd. Rahman bin Pengiran Dato Paduka Haji Jaludin berjumlah BND1,000 kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal selaku Naib Raes Alumni; Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayangku Siti Saihalina binti Pengiran Haji Md. Daud dan beberapa orang wakil dari alumni dan syarikat berkenaan serta para pegawai kanan KKBS.

Kutipan derma TKBS ditutup Isnin depan, 7 Januari 2019.

Derma05.01.19-3.JPG

Attachments
Created at 1/7/2019 9:12 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 1/7/2019 9:12 AM by Lee Chin Foo