Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KEKELUARGAAN PERLU DIBINA, DIPERKUKUHKAN

‚ÄčHKK2018 Labi_02.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin  - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Haji Ali - KKBS



BELAIT, Ahad, 30 Disember. - Institusi keluarga adalah seperti rumah, tiang rumah tersebut adalah kekeluargaan yang perlu dibina dan diperkukuhkan dan jika ianya kukuh akan membantu kepada pembangunan negara dan masyarakat.

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin menjelaskan perkara tersebut semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Sambutan Hari Keluarga yang berlangsung di Taman Rekreasi Sungai Mau, Daerah Belait, di sini.

Sambutan Hari Keluarga seharusnya disambut setiap hari tanpa menunggu Hari Keluarga Kebangsaan yang berlangsung setiap bulan Mei, kerana institusi keluarga memainkan peranan yang penting dalam membentuk masyarakat yang ideal untuk menjana Wawasan Brunei 2035, jelas Yang Berhormat lagi.

Majlis yang berlangsung bersempena dengan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2018 tersebut melibatkan Gabungan Majlis-Majlis Perundingan Mukim Liang, Bukit Sawat, Labi, Sukang dan Melilas serta Syarikat Methanol Brunei (BMC) dengan kerjasama Jabatan Daerah Belait dan Jabatan Pembangunan Masyarakat, Cawangan Belait.

Atur cara dimulakan dengan Kayuhan Basikal Keluarga yang diketuai oleh Yang Berhormat, diikuti dengan ucapan Pengerusi Majlis dan seterusnya perasmian Sambutan Hari Keluarga yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.

HKK 2018 Labi_03.jpg

Acara diteruskan lagi dengan persembahan perlawanan tarik kalat yang disertai oleh Yang Berhormat.

Yang Berhormat dan isteri, Datin Hajah Norhayana Janis binti Abdullah Lim seterusnya dijemput untuk melawat gerai-gerai jualan, jualan Satu Kampung Satu Produk serta aktiviti yang diadakan di kawasan taman rekreasi.

Berbagai acara berkonsepkan kekeluargaan disediakan pada hari tersebut seperti perlawanan futsal, tarik kalat, pertandingan menumpah ambuyat, pertandingan kicauan burung dan pertandingan gulingtangan.

HKK Labi_04.jpg

Yang Berhormat dan isteri juga dibawa ke tebingan Sungai Belait untuk menyaksikan acara Pesta Sungai yang antara lain diisikan dengan pertandingan berkayuh berpasukan, tarik kalat air, perlumbaan moto sangkut dan perahu tunnel.

Yang Berhormat juga tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan berkayuh berpasukan sejauh 500 meter.

Acara kemudiannya diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang disempurnakan oleh Yang Berhormat.

Majlis tersebut antara lain bertujuan untuk memberi kesempatan kepada semua penduduk kampung di kawasan pedalaman untuk beramah mesra dan seterusnya mengeratkan silaturahim di kalangan keluarga, selain untuk memberikan peluang di kalangan pengusaha kecil dan sederhana untuk berniaga dan menyumbangkan kepada peningkatan perekonomian pengusaha tempatan.

Dengan adanya sambutan tersebut dapatlah lagi memperkukuh dan memantapkan lagi kesejahteraan dan kebajikan masyarakat dan seterusnya akan turut menyumbang ke arah keselamatan, keamanan, kemakmuran dan kemajuan negara.

HKK Labi_05.jpg

Juga hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput selaku Ketua Kampung Labi; Pegawai-pegawai Kanan dan Ketua-ketua Jabatan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Pemangku Pegawai Daerah Belait; Ketua-ketua Jabatan dan Cawangan di Daerah Belait; Penghulu-Penghulu Mukim dan  Ketua-Ketua Kampung, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif serta Pegawai dan Kakitangan Syarikat Methanol Brunei (BMC) Sdn. Bhd. dan pengurus-pengurus syarikat swasta.

Attachments
Created at 12/31/2018 2:17 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 1/7/2019 9:14 AM by Lee Chin Foo