Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MUZIUM ALAT KEBESARAN DIRAJA TARIK PERHATIAN DYTM PUTERI MAHA CHAKRI

311018-Princess Sirindhorn Royal Regalia.2.jpg

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Marlinawaty Hussin - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 31 Oktober 2018 - Puteri Diraja Thailand, Duli Yang Teramat Mulia Puteri Maha Chakri Sirindhorn dan rombongan hari ini berangkat mengadakan lawatan ke Muzium Alat Kebesaran Diraja, di ibu negara.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dialu-alukan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil dan Pemangku Pengarah Muzium-Muzium, Awang Haji Mohamad Jefri bin Haji Sabli.

311018-Princess Sirindhorn Royal Regalia.4.jpg

Dalam lawatan tersebut, DYTM berkenan menyaksikan Galeri Perpuspaan 1968, Galeri Pameran Diraja dan Galeri Jubli Perak 1992, yang mana penerangan disembahkan oleh Pengurus Muzium Alat Kebesaran Diraja, Pengiran Norazah binti Pengiran Haji Muhammad.

DYTM juga menyaksikan koleksi gambar-gambar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama pembesar-pembesar negara termasuk Putera Mahkota Thailand, yang pada masa ini menjadi Raja Maha Vajiralongkorn.

Turut menarik perhatian DYTM adalah pesambah daripada negara Thailand kepada Kebawah DYMM  yang dipamerkan di muzium berkenaan.

DYTM seterusnya berkenan melawat Pusat Sejarah Brunei (PSB) yang terletak berhampiran Muzium Alat Kebesaran Diraja.

311018-Princess Sirindhorn Royal Regalia.12.jpg

311018-Princess Sirindhorn Royal Regalia.15.jpg

Pada lawatan itu,  DYTM mendengar sembah penerangan daripada Pemangku Timbalan Pengetua PSB, Awang Hanafi bin Haji Salleh.

Muzium Alat Kebesaran Diraja dibuka rasmi pada 30 September 1992 sempena Sambutan Jubli Perak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki takhta. 

311018-Princess Sirindhorn Royal Regalia.5.jpg

311018-Princess Sirindhorn Royal Regalia.9.jpg

Attachments
Created at 11/1/2018 9:41 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 11/1/2018 9:41 AM by Lee Chin Foo