Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MALAYSIA HARGAI HUBUNGAN PERSAUDARAAN

‚ÄčMsia National Day10.10.18-cut cake.JPG

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Hernie Suliana Haji Othman - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 10 Oktober 2018 - Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-61 dan Hari Malaysia Ke-55 Tahun 2018 disambut dengan Majlis Resepsi yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, di sini.

Msia National day10.10.18-national anthem.JPG

Hadir mewakili Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan isteri, Datin Nurhayana Janis binti Abdullah Lim.

Msia National Day10.10.18-speech.JPG

Dalam ucapan alu-aluan, Kuasa Usaha Sementara Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam, Dayang Rafedah binti Abdul Aziz memetik kata-kata Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tun Dato Laila Utama Dr. Mahathir Mohamad semasa lawatan rasmi ke negara ini sebagai berkata, ''Prinsip kebersamaan merupakan kunci kepada hubungan erat Malaysia dan Brunei Darussalam dan saya melihatnya dalam konteks 'kawan rapat' yang telah mengenali antara satu sama lain dalam jangka masa yang lama.''

Msia National 10.10.18-flag hoisting.JPG

Malaysia, tambahnya, menghargai dan mengagumi hubungan persaudaraan bersama Brunei dalam pelbagai aspek, di mana Perundingan Pemimpin Tahunan Brunei - Malaysia (ALC) merupakan mekanisme tahap tertinggi untuk membincangkan isu-isu dua hala, pada masa yang sama juga mengambil bahagian dalam hal ehwal semasa di antara kedua buah negara.

Acara kemuncak majlis ialah pemotongan kek oleh tetamu kehormat disertai oleh isteri dan Ketua-ketua Perwakilan ASEAN di Negara Brunei Darussalam.

Majlis juga diserikan dengan beberapa persembahan kebudayaan dan tarian dari seluruh Malaysia.

Msia National Day-performance.JPG

DSC_2741.JPG

Attachments
Created at 10/11/2018 3:36 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 10/11/2018 3:36 PM by Lee Chin Foo