Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
SMS BRUNEI PRIHATIN BAGI TKBS BERMULA 9 OKTOBER INI

Tabung SMs Sulawesi10.10.18-dewan citra.1.JPG

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 9 Oktober 2018 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi penubuhan satu tabung bantuan kemanusiaan, iaitu Tabung Kemanusiaan Bencana Sulawesi (TKBS) dan seterusnya penubuhan bagi Jawatankuasa Khas, iaitu Jawatankuasa Kebangsaan TKBS.

Penubuhan tabung bertujuan untuk mengumpulkan derma berbentuk kewangan daripada semua rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam bagi membantu meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di Sulawesi, Indonesia yang berlaku pada 28 September lalu.

Sehubungan itu, Majlis Pelancaran SMS Brunei Prihatin TKBS diadakan petang tadi di Dewan Citra Budaya, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

Tabung SMS Sulawesi-MORA.JPG

Tabung SMS Sulawesi-KKBS.JPG

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan majlis pelancaran ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku Penasihat Bersama bagi Jawatankuasa Kebangsaan TKBS.

SMS Brunei Prihatin ini diungkayahkan bersama DST Communications Sendirian Berhad (DST) dan Progresif Cellular Sendirian Berhad (PCSB).

Tempoh kutipan SMS berlangsung selama 45 hari, mulai hari ini, Selasa, 9 Oktober hingga Khamis, 22 November 2018.

Orang ramai yang berhasrat untuk menderma kepada tabung berkenaan bolehlah menderma melalui SMS yang disediakan dengan menaip BANTU (tanpa jarak) dan menaip jumlah yang dikehendaki, iaitu 1, 5, 10, 15 dan 20 dan hantar ke talian 38111 bagi pelanggan DST dan PCSB.

Derma juga boleh dihantar terus kepada Urus Setia pada waktu pejabat dan orang ramai juga boleh menderma secara online (dalam talian) melalui akaun Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), akaun nombor 0-001-01-0076007.

Turut hadir pada majlis tersebut, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan pegawai-pegawai Kanan kerajaan lain dan para wakil daripada pihak DST dan PCSB.

Tabung SMS Sulawesi-SMS donate.JPG

Attachments
Created at 10/10/2018 3:20 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 10/10/2018 5:07 PM by Lee Chin Foo