Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
BRO's Cycling Project juara Cabaran Mountain Bike Piala P.S.I 2017

group photo.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Foto : Azmah Haji Ahad

TUTONG, Ahad, 8 Oktober. – Pasukan BRO's Cycling Project juara Kategori Berpasukan Lelaki Cabaran Mountain Bike Piala P.S.I 2017 sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta berlangsung di Bukit Ambok, Sungai Basong, di sini.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

Tempat kedua disandang oleh pasukan UPCT dan pasukan Terazza KCT tempat ketiga. Dalam Kategori Men Individual Super Elite, tempat pertama dimenangi oleh peserta dari Malaysia, Muhammad Fauzan Ahmad Lufti mewakili pasukan Giant PDRM manakala Abd Hafiz Surawadi Md Tamin (BRO's Cycling Project) memenangi bagi Kategori Men Individual Elite.

Manakala tempat pertama dalam Kategori Men Master pula disandang oleh Mazran Jamin (UPCT) dan bagi Kategori Men Veteran dijuarai oleh Awang Rozaine bin Haji Ratu (Tutong Mountain Bike Community). Dalam Kategori Men Novice pula, tempat pertama dimenangi oleh Md Adib Syafiq Jeffri dan bagi Kategori Women Open dimenangi oleh Norhasniti Juin.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Berbasikal Negara Brunei Darussalam (BDCF) dan HB Management dengan kerjasama Kelab Tutong Mountain Bike Community (TMBC) tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para penunggang-penunggang basikal sama ada baru berkecimpung dalam dunia basikal ataupun yang sedang bergiat aktif serta mewujudkan suasana yang lebih mesra dalam kalangan para ahli Kelab Basikal.

Attachments
Created at 10/9/2017 3:50 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 10/9/2017 3:50 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan