Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
ACF BERI PELUANG KANAK-KANAK KEMBANGKAN IDEA

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 6 Ogos 2018- Forum Kanak-Kanak ASEAN (ACF) Ke-5 memberikan peluang kepada kanak-kanak dari negara-negara Anggota ASEAN untuk mengembangkan idea dan pelan tindakan tentang isu-isu yang mendatangkan kesan pada kehidupan dan isu-isu serantau, yang menarik minat mereka berdasarkan tajuk-tajuk yang dibentangkan semasa forum berkenaan.

Majlis Pembukaan Rasmi ACF Ke-5 diadakan di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), di sini.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah yang dibacakan oleh Guru Terlatih Pusat Bahagia Brunei Muara, Awang Haji Nuurmatin bin Haji Abu Bakar, disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Majlis turut diserikan dengan Persembahan Mari Bercerita yang bertajuk 'Pulau Labi-Labi' oleh pemenang ASEAN Folklore Story-telling Competition 2018, Awangku Muhammad Aqil Nurfail bin Pengiran Hasnul Bahrin dan Awang Waiz Amani bin Aminuddin.

DSC_0223.jpg

Dalam ucaptama Wakil Istimewa UNICEF bagi Negara Brunei Darussalam, Marianne Clark-Hattingh antara lain berkata, para pemimpin dunia adalah komited untuk mencapai Sustainable Development Goals (SDG) menjelang 2030, yang mana terdapat 17 matlamat, iaitu setiap satu daripada mereka menetapkan sasaran yang tinggi untuk dicapai.

Menurutnya, pihak kerajaan sendiri sahaja tidak dapat membasmi kemiskinan, mengakhiri kelaparan, memastikan kesetaraan, kesejahteraan, kedamaian dan kemakmuran atau menjamin planet ini untuk generasi masa depan.

ACF06.08.18-ASEAN sctry.jpg

Dunia tekannya, memerlukan penglibatan daripada semua pihak, khususnya kanak-kanak untuk bangkit menjadi pemangkin perubahan.

Mereka tambahnya, boleh membuat sumbangan berharga dan menyalakan api transformasi bagi keluarga, bandar serta negara mereka, di ASEAN dan akhirnya di dunia pada umumnya untuk membina dunia juga masa depan yang mereka mahukan.

Sementara itu, Wakil Istimewa UNICEF dari Jawatankuasa Kebangsaan UNICEF bagi Korea Selatan, Tuan Choi Si-Won pula dalam ucapannya berkata, kita tidak boleh berpuas hati dengan apa yang kita ada sekarang kerana kanak-kanak di ASEAN layak mendapat masa depan yang lebih baik.

Choi Si-Won menambah, perjuangan untuk memastikan dunia adalah selamat, bersih dan sihat untuk anak-anak kita masih berterusan.

DSC_0249.jpg

''Kita semua perlu menjadi sebahagian daripada usaha menentang ketidakadilan, ketidakamanan dan tanggungjawab kepada kanak-kanak dan dunia,'' ujarnya lagi.

Forum dengan tema 'Anak-Anak Kita, Masa Depan Kita, ASEAN Kita' diadakan selama tiga hari bermula hari ini hingga 8 Ogos disertai oleh seramai 70 delegasi yang mewakili negara anggota ASEAN termasuk wakil Suruhanjaya ASEAN mengenai Penggalakan dan Perlindungan Hak Wanita dan Kanak-kanak (ACWC), mentor serta kanak-kanak, berumur 12 hingga 17 tahun.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan.

Turut hadir ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Pemangku Setiausaha Tetap KKBS, duta-duta dan perwakilan negara anggota ASEAN serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

ACF06.08.18-view gallery.1.jpg

ACF06.08.18-view gallery.2.jpg

ACF06.08.18-Group Photo.jpg

Attachments
Created at 8/7/2018 10:29 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 8/7/2018 10:29 AM by Lee Chin Foo