Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH AGUNG ISESCO

‚ÄčCourtesy call.11.07.18.1.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Julai 2018 - Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin hari ini menerima kunjungan hormat daripada Director - General of the Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO), Tuan Yang Terutama Dr. Abdulaziz Othman Altwaijri di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan di Jalan Kebangsaan.

Dalam kunjungan tersebut, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengalu-alukan kehadiran Tuan Yang Terutama Dr. Abdulaziz Othman Altwaijri ke Negara Brunei Darussalam (NBD) dan mengharapkan dengan kunjungan tersebut akan dapat merapatkan lagi persahabatan dan membina kerjasama yang luas dan pemahaman yang lebih baik kepada NBD sebagai sebuah negara yang paling kecil di dalam ISESCO.

Kunjungan Tuan Yang Terutama  bertujuan untuk membincangkan proses persiapan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan bagi Bandar Seri Begawan sebagai ibu negara Kebudayaan Islam di rantau Asia sepertimana yang telah ditetapkan semasa Persidangan Mesyuarat Menteri-Menteri Kebudayaan Islam pada tahun 2015.

Yang Berhomat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah memaklumkan mengenai persediaan NBD dalam mengendalikan acara perasmian Bandar Seri Begawan sebagai Ibu Negara Kebudayaan Islam bagi rantau Asia (Islamic Culture Capital for Asia) bagi tahun 2019 dan pada masa yang sama turut dikongsikan ialah penghormatan bagi pemilihan Bandar Seri Begawan sebagai Bandaraya Kebudayaan ASEAN (ASEAN City of Culture) bagi tahun 2016-2018. Sepanjang tempoh tersebut pelbagai kegiatan telah dilaksanakan di Bandar Seri Begawan. 

Sehubungan itu, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan mengharapkan dengan pengalaman yang ada seperti penganjuran aktiviti semasa pengendalian Bandaraya Kebudayaan ASEAN tersebut akan dapat digunapakai dalam membuat persediaan dan pelaksanaan ibu negara Kebudayaan Islam bagi rantau Asia awal tahun hadapan.

Yang Berhormat turut memaklumkan mengenai penyertaan aktif NBD dalam Persidangan Menteri-Menteri Kebudayaan Islam dan seterusnya mengucapkan tahniah atas kejayaan kepada TYT  terhadap lantikan selaku Director General of ISESCO. 

Courtesy call.11.07.18-grp photo.jpg

Attachments
Created at 7/12/2018 9:08 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 7/12/2018 9:08 AM by Lee Chin Foo