Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
SEMARAK AIDILFITRI TERUS DIRAI

Keriam06.07.18-3.jpg

Berita: Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Aki - KKBS

TUTONG, Jumaat, 6 Julai 2018 - Majlis-majlis sempena Hari Raya Aidilfitri terus diraikan bagi menyemarakkan kedatangan bulan Syawal.

Sehubungan itu, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Keriam, Takmir Masjid Kampung Keriam dan Persatuan Melayu Keriam (PESAKA) hari ini mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Dewan Serbaguna Sekolah Rendah Keriam, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan isteri.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Penghulu Mukim Keriam, Yang Mulia Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Awang Haji Muhammad Taha bin Abdul Rauf.

Menurut Pengerusi Bersama Majlis, Dato Paduka Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maha Bijaya Haji Othman semasa menyampaikan ucapan alu-aluan, Majlis Ramah Mesra Aidilfitri diadakan setiap tahun bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk Kampung Keriam untuk berkumpul bersama bagi meningkatkan silaturahim, menghidupkan semangat tradisi gotong-royong dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan nyanyian Indahnya PESAKA dan Selamat Hari Raya diikuti dengan penyampaian sumbangan kepada sembilan orang bakal jemaah haji yang terdiri daripada penduduk Kampung Keriam dan ahli-ahli PESAKA  yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

Majlis turut dimeriahkan dengan beberapa persembahan pentas iaitu Terima Sampul Surat dan Cabutan Bertuah.

Keriam06.07.18-1.jpg

DSC_9204.jpg

Keriam06.07.18-Datin present gift.jpg

Keriam06.07.18-gmbr ramai.jpg

Attachments
Created at 7/7/2018 3:11 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 7/7/2018 3:11 PM by Lee Chin Foo