Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PPB ADAKAN MAJLIS KHATAM

IMG_9311.JPG

[Sumber: Media Permata]

Berita: Yusrin Junaidi – Media Permata

Foto: Pusat Pembangunan Belia

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun 2018– Pusat Pembangunan Belia (PPB), hari ini, telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran, Bersungkai dan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah Bersama Pelatih-pelatih PPB sesi Januari 2018 yang berlangsung di PPB, Kampung Tanah Jambu.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

Majlis adalah khusus bagi menandakan berakhirnya acara tadarus para pelatih sesi Januari 2018 yang dilaksanakan setiap malam selepas sembahyang Tarawih dan Witir berjemaah bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan.

Di samping itu, majlis ini juga diadakan bagi meraikan para pelatih Program Pembangunan Belia sesi Januari 2018 yang akan menamatkan kursus pada 13 Jun ini.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh tetamu kehormat bersama pegawai-pegawai kanan KKBS, pegawai dan kakitangan PPB berserta para pelatih, diikuti dengan bacaan khatam Al-Quran, Takhtim dan Tahlil disusuli dengan bacaan Doa Khatam oleh Ketua Keagamaan dan Akademik, Majlis Perwakilan Pelatih Sesi Januari 2018, Awang Abdurrahman bin Haji Jahari.

Majlis juga diselajurkan dengan acara bersungkai bersama para pelatih PPB dan diteruskan dengan Sembahyang Maghrib berjemaah di Surau Utama PPB.

Acara ini juga merupakan inisiatif PPB dalam sama-sama menyemarakkan bulan Ramadan tahun ini.

Khatam-PPB.6.JPG

Khatam-PPB.5.JPG

Attachments
Created at 6/14/2018 12:09 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 6/14/2018 12:14 PM by Lee Chin Foo