Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MKM ADAKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN TAHLIL

MKM Masjid Sg Akar-08.06.18-4.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Siaran Akhbar dan Foto:Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM)

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 8 Jun 2018 - Bagi menyemarakkan bulan Ramadan Al-Mubarak, Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Tahlil di Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Pada majlis tersebut, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bersama Yang Dipertua MKM, Awang Yusuf Halim telah menyampaikan sumbangan kepada 50 penerima yang telah mengikuti Legal Clinic MKM dan yang berkeperluan di bawah jagaan MKM.

Majlis diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran dan Bacaan Tahlil seterusnya berbuka puasa dan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah.

Juga hadir, Ahli Jawatankuasa Kuasa Tadbir Majlis Kesejahteraan Masyarakat, Ahli-ahli Majlis Takmir Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkia, Kampung Sungai Akar dan ahli-ahli Majlis Kesejahteraan Masyarakat.

MKM Masjid Sg Akar-08.06.18-3.jpg

MKM Masjid Sg Akar-08.06.18-1.jpg

Attachments
Created at 6/9/2018 12:55 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 6/9/2018 1:00 PM by Lee Chin Foo