Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Atlet Negara Perlu Fokus Dan Berdaya Saing

‚ÄčTurkmenistan-Ucapan.png



[Sumber Berita: Pelita Brunei]

Berita:Hernie Suliana Haji Othman

[Sumber Foto: Media Permata]

Foto: Muiz Matdani


BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 12 September. - Penyertaan dalam Kejohanan 5th ASIAN Indoor and Martial Arts Games hendaklah tidak diambil ringan dalam memberikan saingan yang terbaik kepada pihak lawan di dalam pertandingan, di samping mempunyai komitmen dan disiplin yang tinggi sebagai atlet kebangsaan, walaupun penyertaan negara hanya sebagai tanda penyertaan sahaja.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bersabda, dengan cara ini kita boleh menilai mutu dan taraf keupayaan kita sebagai atlet kebangsaan, selain kemampuan kita untuk meningkatkan kebolehan kita dalam mencapai kejayaan.

Selain daripada mempunyai komitmen dan disiplin, atlet juga seharusnya mempunyai sifat-sifat seperti sentiasa fokus, daya-saing yang kuat dan kekuatan mental dalam menghadapi pertandingan.

Sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara tersebut disampaikan oleh Menteri Kesihatan juga selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi pada Majlis Penyerahan Bendera Negara kepada Kontinjen Negara ke Kejohanan 5th ASIAN Indoor and Martial Arts Games (AIMAG) yang akan berlangsung di  Ashgabat, Turkmenistan dari 17 hingga 27 September 2017.

Duli Yang Teramat Mulia turut mengingatkan atlet yang menyertai kejohanan ini supaya akan mematuhi akta dan peraturan anti-doping yang dikuatkuasakan oleh Agensi Anti-Dadah Sedunia (World Anti-Doping Agency, WADA) dan seterusnya menjaga nama baik negara.

DYTM juga mengingatkan supaya menjaga kebajikan atlet semasa berada di Ashgabat, Turkmenistan, di samping melaksanakan tugas dengan jujur dan amanah dan berdoa semoga atlet, pegawai serta jurulatih sentiasa sihat walafiat, cerdas, berintegriti, berwibawa dan dalam peliharaan Allah Subhanahu Wata'ala. Negara Brunei Darussalam menghantar satu kontinjen yang terdiri dari seorang atlet billiard dan tiga orang pegawai termasuk Chef de Mission, Pegawai Urusetia dan Jurulatih.

Sehubungan dengan itu, Majlis Penyerahan Bendera Negara kepada Kontinjen Negara Ke 5th ASIAN Indoor and Martial Arts Games telah berlangsung di Bilik VIP, Stadium Negara Hassanal Bolkiah disempurnakan oleh tetamu kehormat, Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Shamsol Nizam bin Haji Badar, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh tetamu kehormat.

Menurut Yang Berhormat, penyertaan negara ke kejohanan ini adalah selaras dengan tujuan sukan Negara Brunei Darussalam yang amat menitikberatkan  peranan sukan dalam mendokong pembangunan individu, masyarakat dan negara, yang mana penglibatan aktif dalam sukan akan dapat menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan daya saing yang tinggi.

''Ini merupakan matlamat utama penggubalan Dasar Sukan Negara, iaitu untuk mewujudkan rakyat yang membudayakan sukan untuk membina masyarakat yang rajin bersukan, berdisiplin dan berdikari yang akan menjadi teras kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara,'' jelas Yang Berhormat.

Majlis diteruskan dengan penyerahan Bendera Negara oleh tetamu kehormat kepada Chef de Mission, Kolonel Zahrin bin Haji Zunaidi.Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Awang Haji Noor Jusmin bin Haji Abdul Samad, Pegawai-Pegawai Kanan KKBS, Ahli-Ahli Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Ahli-Ahli Jawatankuasa Pemilihan dan Penilaian Atlet dan Ahli-Ahli Persatuan Sukan Kebangsaan. Kontinjen negara bertolak pada hari Rabu, 13 September 2017.

Kejohanan Asian Indoor and Martial Arts Games (AIMAG) merupakan kejohanan multi-sport pancontinental yang diadakan setiap 4 tahun untuk atlet-atlet dari seluruh Asia, selepas penggabungan Asian Indoor Games dan Asian Martial Arts Games.

Kejohanan anjuran Olympic Council of Asia (OCA) digambarkan sebagai acara multi-sport Asia yang kedua terbesar setelah Sukan Asia.

Attachments
Created at 9/14/2017 9:50 AM by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 9/14/2017 9:50 AM by Ak Hussni Bin Pg Hassan