Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS BACAAN SURAH YAASIIN DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI KANAK-KANAK SEDUNIA 2021

[​Siaran Media dan Foto:Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan]

20.11.21-Poster Majlis Bacaan Surah Yaasiin dan Doa Kesyukuran.jpg


BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 20 November 2021- Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan rakan strategik KKBS telah mengadakan Majlis Bacaan Surah Yaasiin, Doa Kesyukuran dan Doa Selamat Terhindar Dari Wabak COVID-19 bagi memperingati Hari KanakKanak Sedunia 2021 secara maya melalui aplikasi Zoom yang disertai lebih 950 orang ramai khususnya penuntut, guru-guru dan ibubapa.

Majlis dihadiri oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Agensi-agensi Kerajaan, Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan, syarikatsyarikat swasta, guru-guru, ibu bapa dan penjaga serta penuntut dari sekolah-sekolah kerajaan dan swasta, Institut Tahfiz Al-Quran dan Jabatan Pendidikan Khas.

Majlis ini telah dibuat lebih istimewa melalui bacaan surah Yaasiin dan Doa-doa yang telah dipimpin oleh kanak-kanak dari pelbagai sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah AlFatihah yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan diikuti dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Yaasiin dan Doa Yaasiin yang dipimpin oleh Awang Ahmad Dhabit bin Haji Abdul Lamit dan Awang Mohd Firdaus bin Mohammad Salleh, penuntut Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Kemudian bacaan zikir Istighfar dan Taubat diketuai oleh Awang Ahmad Dhabit bin Haji Abdul Lamit, penuntut sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah. 

Acara diteruskan dengan bacaan Doa Kesyukuran Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia yang dipimpin oleh Awang Abdul Rasyid bin Haji Mohammad Norazmi, penuntut Institut Tahfiz AlQuran Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Seterusnya Doa Terhindar dari Wabak COVID-19 dibacakan oleh Awang Md. Lukmanul Irfan bin Shamssul Bahrin, penuntut Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Salambigar. Terakhir, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam pula dibacakan oleh Awang Muhammad Faiz Najwan bin Muhammad Saleh, penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah. 

Penuntut-penuntut Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan juga telah mengendalikan majlis selaku Juruacara iaitu Awang Muhammad Firdaus bin Haji Hasnan dan Dayang Nur Aina' Qamelia binti Haji Marsallehan, manakala juruacara bagi Bahasa Isyarat pula diketuai oleh Dk Hajah Razainah binti Pengiran Haji Daud, tenaga pengajar di Pusat Bahagia Brunei Muara.  

Selain mengadakan Majlis Kesyukuran, pelbagai aktiviti dan program sempena Hari KanakKanak Sedunia 2021 telah pun disusun bersesuaian dengan tema "Unite to Reverse the Impact of COVID-19 Pandemic on Children; Bersatu Dalam Pemulihan Pasca Pandemic COVID-19 KanakKanak". Memandangkan Negara Brunei Darussalam masih berdepan dengan wabak penularan COVID-19, sambutan pada tahun ini akan memfokuskan  kepada memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak untuk menghadapi cabaran hari ini dan masa hadapan dengan mengadaptasi amalan norma baharu yang mana kesemua aktiviti-aktiviti akan diadakan secara maya seperti program interaktif, bengkel, forum dan aktiviti-aktiviti lain seperti kuiz dan sumbangan dari rakan-rakan strategik JAPEM/KKBS.

Sebagai usaha menyokong Hari Kanak-Kanak Sedunia, dan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan, Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien (SHOAS) dan Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAS) juga dinyalakan dengan lampu berwarna biru sebagai lambang Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia bersempena dengan warna rasmi United Nations Children's Fund (UNICEF).

Penyalaan lampu Jambatan SHOAS dan Jambatan RIPAS bermula pada hari Sabtu 20 November 2021 jam 6.45 malam dan akan berakhir pada hari Ahad 22 November 2021 jam 12.00 malam.  

20.11.21-Majlis Bacaan Surah Yaasiin Dan Doa Kesyukuran sempena HKKSedunia.jpgIMG-20211120-WA0014.jpg


Attachments
Created at 11/23/2021 8:31 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 11/23/2021 8:36 AM by Lee Chin Foo