Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KEJAYAAN HBT 2018 DIRAIKAN

HBT Dinner-GoH speech.jpg

[Sumber: Media Permata]

Berita: Mohamad Asyramisyanie – Media Permata

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman – KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mei 2018 – Bagi menghargai sumbangan dan komitmen pihak yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Bola Sepak Piala Hassanal Bolkiah (HBT) kali ke-enam bagi Belia Asia Tenggara 2018, satu majlis makan malam penghargaan telah pun diadakan di Hotel Parkview, Jerudong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang  Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Pada majlis itu, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menyatakan penghargaannya kepada semua pihak terutama sekali kepada pihak penaja berikutkan kejayaan itu dan ia merupakan acara susulan selepas Majlis Kesyukuran yang diadakan petang semalam.

Pada awal majlis telah menyaksikan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tajaan bagi HBT 2018 ialah Jackson Ting.

Sementara itu pada acara kemuncak majlis, turut menyaksikan majlis penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada para penaja yang telah pun disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

HBT Dinner-ahtletes.jpg

HBT Dinner-group photo.jpg

Attachments
Created at 5/16/2018 9:24 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 5/16/2018 9:24 AM by Lee Chin Foo