Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS DOA KESYUKURAN KKBS SEMPENA HBT 2018

‚ÄčMajlis DOA HBT-GoH.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Othman - KKBS

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 14 Mei 2018- Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) sempena Kejohanan Bola Sepak Piala Hassanal Bolkiah Bagi Belia ASEAN 2018 (HBT 2018) yang berlangsung pada 23 April hingga 5 Mei 2018 lalu.

Majlis didahului dengan Sembahyang Fardu Asar berjemaah yang diimamkan oleh tenaga pengajar Al-Quran, Jabatan Belia dan Sukan, Awang Haji Abdul Halim bin Haji Fuad yang juga memimpin Doa Kesyukuran pada majlis berkenaan.

Majlis bertujuan bagi memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, dengan izin-Nya Kejohanan HBT 2018 berlangsung dengan sempurna dan jayanya.

Selain itu, ia juga bagi menghargai semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT), para penganjur termasuk para sukarelawan serta semua yang terlibat sama, bertungkus lumus bekerja keras bagi memastikan pelaksanaan dan penganjuran kejohanan tersebut berjalan dengan lancar serta jayanya.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali dan AJKT Kejohanan HBT 2018.

Juga hadir Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Urusetia dan Teknikal; Pasukan Bola Sepak HBT; Sukarelawan serta pegawai juga kakitangan KKBS, iaitu mereka yang terlibat dalam penganjuran Kejohanan HBT 2018 dari mula hingga akhir.

Attachments
Created at 5/15/2018 3:00 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 5/15/2018 3:00 PM by Lee Chin Foo