Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PESTA SUKAN RIA MKOKU TINGKAT KESEDARAN KEPENTINGAN MASYARAKAT INKLUSIF

‚ÄčMKOKU-GoH presenting.1.JPG

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Nooratini Haji Abas -Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 13 Mei 2018 -  Pesta Sukan Ria Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (MKOKU) sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan tahun ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan masyarakat inklusif sebagai tanggungjawab bersama, di samping memberi penghormatan dan pengiktirafan terhadap kemampuan, potensi dan sumbangan MKOKU.

Pesta Sukan yang berlangsung di Kompleks Sukan Berakas, adalah untuk menyatukan usahasama secara keseluruhan keluarga MKOKU dan kepentingan keharmonian dan pengukuhan keluarga dalam menyumbang ke arah keamanan, kemakmuran, kestabilan dan kemajuan negara bagi mencapai Wawasan Negara 2035.

Acara tersebut dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku tetamu kehormat.

Sebanyak dua kategori sukan dipertandingkan iaitu Track-Based Games dan Field-Based Games yang turut disertai oleh Ahli-ahli MKOKU beserta keluarga masing-masing.

MKOKU-compete top spin.JPG

Antara aktiviti sukan tersebut termasuklah acara mengisi air ke dalam botol hingga penuh, lari menggunakan guni, meniup belon hingga pecah, menggolek tayar, permainan gasing,  menjaring bola dan banyak lagi.

MKOKU-netball.JPG

Sementara itu, Penasihat Persatuan Special Olympic Brunei Darussalam (SOBD), Leftenan Kolonel (B) Pengiran Haji Rambli bin Pengiran Bunut selaku Pengerusi Majlis dalam ucapannya menyatakan Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak seharusnya dilihat sebagai golongan yang lemah, walaupun mereka mempunyai kekurangan dari segi fizikal dan mental.

Beliau percaya setiap OKU itu mempunyai potensi tersendiri serta mampu menyumbang ke arah pembangunan negara seperti dalam bidang sukan dan sebagainya.

MKOKU mula ditubuhkan pada 11 Mei 2016 yang diketuai oleh Dato Paduka Awang Haji Mohd. Alimin bin Haji Abdul Wahab yang juga sebagai Pemangku Pengerusi Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.

MKOKU-group photo.JPG

Attachments
Created at 5/14/2018 10:57 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 5/15/2018 9:18 AM by Ak Hussni Bin Pg Hassan