Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PKWE TUTONG SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULUD NABI DENGAN SELAWAT

‚ÄčBerita dan Foto : Ihsan Ajees Hamdan

TUTONG, Isnin, 11 Oktober 2021 - Bagi menyemarakkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam 1443 Hijrah, Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE), Tutong, baru-baru ini, tidak ketinggalan menganjurkan Majlis Selawat, yang diadakan secara dalam talian.

Hadir menyertai majlis tersebut, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku tetamu khas.

Juga menyertai, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit selaku Penghulu Mukim Telisai; dan Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu selaku Penghulu Mukim Bokok

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, manakala bacaan doa dipimpin oleh Pengurus PKWE, Tutong, Awang Haji Hamaffi bin Md. Yassin.

Majlis turut diserikan dengan Penyampaian Tazkirah oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Ar-Rahim Kampung Bukit Panggal, Tutong, Awang Haji Kamaluddin bin Haji Abd. Rahman.

Antara tujuan majlis adalah bagi menyemarakkan bulan Rabiulawal dan memperingati bulan kelahiran Junjungan Besar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, di samping mengisi malam-malam dengan zikir yang biasa diadakan, di masjid-masjid.

Selain itu, ia juga bagi memohon terhindar daripada wabak penyakit / bala dengan ber'tawassul' Selawat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, mengimarahkan rumah dengan berselawat secara berjemaah juga mengambil fadilat selawat berjemaah.

11.10.21-PKWE Sambutan Maulud.jpg

Attachments
Created at 10/12/2021 12:37 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 10/12/2021 12:37 PM by Lee Chin Foo