Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Saerah Haji Abdul Ghani (Penerangan)

Foto : Ak. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman (Penerangan)

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 10 Oktober 2021 - Kesihatan mental bukan satu perkara yang dianggap sebagai 'pantangan' seperti sebelumnya.

Pengiktirafannya yang semakin meluas bukan sahaja dilihat dalam agenda negara, ia juga merupakan salah satu keutamaan di bawah Kepengerusian Negara Brunei Darussalam bagi ASEAN tahun ini.

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin menjelaskan, kita semua maklum bahawa kesihatan tidak bermakna tanpa kesihatan mental dan kesihatan mental yang melibatkan semua pihak.

"Dan yang paling mustahak, kita sedia maklum bahawa kesihatan mental merupakan isu yang benar di Negara Brunei Darussalam dan negara lain," ujar Yang Berhormat pada Pembukaan Program Hari Kesihatan Mental Sedunia Negara Brunei Darussalam yang diadakan secara maya, hari ini.

Yang Berhormat menjelaskan, di sinilah pentingnya usaha dan advokasi yang telah diungkayahkan dalam sesi itu. Menurut Yang Berhormat, inisiatif demikian dan lain-lain di sepanjang tahun menampilkan satu ekosistem yang lebih kukuh dari sebelumnya.

"Inilah ekosistem yang mengiktiraf kesihatan mental sebagai faktor teras kepada kesejahteraan kita, iaitu asas yang membolehkan kita untuk menjalankan kehidupan dan melibatkan diri dalam masyarakat dengan sepenuhnya. Inilah ekosistem yang amat diperlukan dalam menghadapi gelombang COVID-19 yang terkini," ujar Yang Berhormat.

Sejak permulaan pandemik demikian jelas Yang Berhormat, statistik yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa sepanjang tahun lepas, perkhidmatan psikologi di Hospital RIPAS menerima 400 hingga 500 orang pesakit dalam satu bulan secara purata.

Dalam masa yang sama, tambah Yang Berhormat, Talian Harapan 145 menerima lebih dari 700 panggilan pada bulan Ogos tahun ini, satu peningkatan yang signifikan jika dibandingkan dengan purata 200 panggilan sebulan sebelum ini. Dan tanpa mengira kesan pandemik, sekitar 1.5 peratus daripada penduduk negara ini mengalami isu kecelaruan mental.

"Kita hendaklah mengajukan pertanyaan kepada diri kita: bagaimanakah cara untuk menghalakan statistik ini kepada tindakan berterusan. Inilah tujuan utama Program Hari Kesihatan Mental Sedunia Negara Brunei Darussalam diadakan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengetengahkan satu amalan terbaik dari tetangga kita di ASEAN : penubuhan pusat portal sumber kesihatan mental," ujar Yang Berhormat.

Yang Berhormat berkata, portal ini bukan sahaja berfungsi sebagai pusat sumber yang direka oleh pakar kesihatan mental, ia direkomendasi bagi memastikan akses kepada sumber yang dipercayai bagi individu yang memerlukan bantuan.

Perkara ini dilihat sebagai faktor yang kritikal untuk menangani kesan psiko-sosial berikutan COVID-19 dan apa yang turut penting bagi menangani sumber maklumat yang keterlaluan berhubung pandemik ini.

Dalam tempoh tiga minggu yang akan datang dan selanjutnya, tambah Yang Berhormat lagi, cabarlah diri untuk memastikan ekosistem kita akan membolehkan kesihatan mental untuk dinikmati oleh semua.

"Bagaimana untuk meluaskan pencapaian yang sudah diraih, bagaimana untuk menyatukan usaha-usaha kita, bagaimana untuk menghulurkan bantuan kepada lebih ramai individu. Dan yang paling penting, bagaimana untuk memastikan, tiada yang tertinggal khususnya dalam pandemik ini," ujar Yang Berhormat.

Ke arah ini, jelas Yang Berhormat lagi, kita hendaklah melihat bagaimana badan organisasi dan institusi boleh menerajui perubahan dengan mengukuhkan dan mengubah dasar masing-masing di samping berusaha secara individu. Inilah perubahan masa yang akan memberikan tanda jelas bahawa kesihatan mental melibatkan semua pihak.

Dalam pada itu kata Yang Berhormat, amatlah mustahak untuk menghala dasar kepada tindakan yang praktikal, antara lain melalui kumpulan sokongan dan ini memerlukan kita untuk menggariskan matriks yang mengukur tahap kejayaan, satu faktor yang kritikal bagi perubahan yang berkekalan.

Ke arah ini, tambah Yang Berhormat lagi, marilah meneruskan peranan masing-masing dan selebihnya. Bersama dan marilah menangani 'Kesihatan Mental Dunia Yang Kurang Saksama' dan seperti yang dihasratkan melalui tema ASEAN tahun ini : Marilah kita menjaga satu sama yang lain, marilah kita bersedia untuk menghadapi cabaran bersama, marilah kita mencapai kemakmuran bersama dalam norma baharu di mana tiada yang akan tertinggal.

 10.10.21-Hari Mental Sedunia.infofoto1.jpg

OPENING REMARKS BY MINISTER OF CULTURE, YOUTH AND SPORTS, BRUNEI DARUSSALAM

BRUNEI DARUSSALAM WORLD MENTAL HEALTH DAY 2021

Bismillah Hirahman Nirrahim.

Alhamdulillahi Rabbil 'Alameen, Wassalatu Wassalamu 'Ala Asyrafil Anbiyaie Wal Mursalin Sayyidina Muhammadin Wa'ala Alihi Wasahbihi Ajma'in.

My esteemed colleague,Yang Mulia Hajah Norajleen Uminatul Hafizan, Founder of CureHeart.

My good friend, Her Excellency Ms Tiffany McDonald, High Commissioner of Australia to Brunei Darussalam.

Members of the Organising Committee, event speakers, mentors, moderators, sponsors and especially to all of you, participants of this year's edition of the Brunei Darussalam World Mental Health Day Programme.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh and a very good morning.

It is an honour to speak to each and every one of you today. Thank you so much to Hajah Norajleen and all our friends, organisers, speakers, moderators, mentors, sponsors and all of you here for realising this important event, and for making such a difference through your organisations. We are very proud of all of you.

To Your Excellency the High Commissioner of Australia to Brunei Darussalam, thank you so much for your presence and support. We appreciate all you have done for mental health awareness and more in Brunei Darussalam.

Mental Health is no longer the taboo subject it was before. Its ever-increasing acknowledgement is reflected not only in our national agenda, but also as one of our deliverables during Brunei Darussalam's chairmanship of ASEAN this year.

All of us are aware that there is no health without mental health. All of us are aware that mental health concerns everyone. And most important of all, all of us are aware that mental health is a real issue in Brunei Darussalam and beyond.

This is why the work and advocacy that has been done by everyone present today is so important.

To name a few, only on Wednesday, Her Excellency joined Yang Berhormat Dato Erywan for the Australia-Brunei Darussalam Civil Service Mental Health Symposium and since last month, Her Excellency with partnership with the Blue Raincoat Collective, Curious Mind and many others started the Mental Health Matters Month initiative, kicking off the 'Not Alone: Let's Talk' Series and 'OK Kah Kita?', programmes touching on many challenging issues openly. The Young Professionals Network, also organized a virtual Dialogue on 'Resilience in Times of Uncertainties', an open platform for all to discuss this critical issue.

These and many more throughout the year shines a spotlight on an ecosystem that is stronger than ever before. 

This is an ecosystem that recognises mental health is at the core of our well-being, the foundation that enables us to lead fulfilling lives and to participate fully in our community. An ecosystem that is needed now more than ever before with the current wave of COVID-19.

Since the outbreak of the pandemic, statistics shared by the Ministry of Health show that in the past year alone, psychological services in RIPAS Hospital received an average of 400 to 500 patients every month. At the same time, Talian Harapan 145 recorded more than 700 calls in August this year, a significant increase from its previous average of 200 calls in a month. And even without the pandemic, around 1.5% of the national population are affected by mental illness.

The question we must ask ourselves is: How can we direct these statistics into continuous action. This is what the Brunei Darussalam World Mental Health Day Awareness Programme is all about.

Let me take this opportunity to highlight one best practice we can learn from our ASEAN neighbor: a one-stop portal for mental health resources. Not only will this portal function as a reliable resource centre curated by mental health experts, it was a key recommendation to ensure the access of credible content for individuals seeking help. This is seen as a critical factor to remedy the psycho-social effects of COVID-19 and just as important, to address the overwhelming surge of information surrounding the pandemic.

Ladies and gentlemen,

In the next 3 weeks and beyond, let us challenge ourselves to ensure how our own eco-system will deliver mental health to all: How we can build on our achievements, how we can synergise our efforts, how we can reach out to even more individuals. And most of all, how do we ensure no one is left behind especially in the pandemic.

Towards this, we need to consider how organisations and institutions can initiate these developments through strengthening and changing their policies, alongside individual effort. This is the fundamental change that will send a strong message that mental health is everyone's concern.

On that note, it is important to transform policy into practical actions, amongst others through support groups. This necessitates us to develop a matrix to measure success, a critical factor for lasting change.

Towards this, let us continue to do our part and more. Together, let us tackle "Mental Health in an Unequal World".

And ultimately, as we envision in our ASEAN theme this year: Let us Care for each other, Let us Prepare for challenges together, and Let us Prosper together in the new norm where no one is left behind. InshaAllah.

I wish all of you the very best and have a good and meaningful 3 weeks ahead. Do stay safe. Thank you. Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh.

Attachments
Created at 10/12/2021 12:11 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 10/12/2021 3:32 PM by Lee Chin Foo