Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
SUMBANGAN PANDU LALU DARI MAJLIS BELIA BRUNEI

‚Äč[Siaran Media Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan]

Foto: Ak Hussni bin Pg Hassan (KKBS)

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 02 Oktober 2021- Sebanyak 215 bag beras telah disumbangkan kepada kempen Sumbangan Pandu Lalu yang diadakan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah pada pukul 1:00 petang hari Sabtu, 25 Safar 1443 bersamaan 02 Oktober 2021. Sumbangan yang dihulurkan adalah derma daripada orang ramai melalui Majlis Belia Brunei.

Hadir untuk mewakili penyerahan sumbangan dari Majlis Belia Brunei adalah Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash'ari, ahli Majlis Mesyuarat Negara dan juga selaku Presiden Majlis Belia Brunei. Hadir untuk menerima sumbangan ini adalah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (Kebudayaan), Yang Mulia Dayang Dr.Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah. Hadir sama semasa majlis penyerahan adalah Yang Mulia Pengiran Mohammad Al Nizar Pengiran Azahari selaku Ketua Unit Sumbangan Pandu Lalu Sukarelawan Belia.

Tujuan utama bagi projek sumbangan ini adalah untuk bersama membantu pihak kerajaan untuk menghulurkan sumbangan berupa barang-barang asasi untuk masyarakat yang memerlukan semasa penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Kempen Sumbangan Pandu Lalu ini telah menerima maklum balas yang sangat baik dari orang ramai. Sejak ia dimulakan pada 02 Safar 1443H bersamaan 09 September 2021, pelbagai agensi kerajaan, swasta dan persendirian seperti Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Sabli Food Industries, TLT Enterprise, Wushu Federation of Brunei Darussalam, Brunei-China Friendship Association dan Mobitech Solution telah tampil kehadapan untuk memberikan sumbangan dalam kempen ini.

Sumbangan Pandu Lalu ini adalah inisiatif Sukarelawan Belia Brunei dan disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang diadakan di VIP Entrance, Holding Area, Stadium Negara Hassanal Bolkiah. Bermula pada 02 Safar 1443H bersamaan 09 September 2021, kempen ini diadakan setiap hari iaitu Isnin hingga Khamis dan Sabtu dibuka bermula pukul 8:30 pagi sehingga 2:00 petang. Manakala Jumaat dibuka bermula pukul 9:00 pagi sehingga 12:00 tgh dan di sambung pukul 2:00 hingga 3:00 petang dan Ahad dibuka bermula 9:00 pagi sehingga 3:00 petang.

Kaedah utama Sumbangan Pandu Lalu ini adalah menerima sumbangan dari orang ramai dengan meletakkan sumbangan di atas meja yang disediakan. Sumbangan yang diperlukan berupa pek makanan asasi seperti beras, gula, makanan dalam tin, mi segera, nescafe, teh, milo, kopi, telur, biskut, air mineral, ubi kentang dan minyak masak. Selain itu, barang-barang lain seperti lampin pakai buang dan susu tepung formula bagi kanak-kanak di bawah umur 5 tahun juga diperlukan. Objektif utama kempen Sumbangan Pandu Lalu ini ialah untuk menyediakan sebuah platform khusus untuk mengumpulkan sumbangan dari orang ramai yang berniat untuk membantu masyarakat yang memerlukan ketika penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Orang ramai yang hadir perlu mematuhi SOP bagi Sumbangan Pandu Lalu ini seperti sentiasa memakai sungkup muka, mempunyai kod Bruhealth berwarna hijau dan kuning sahaja dan mengimbas Kod QR sebelum menurunkan barang-barang sumbangan. Orang ramai juga perlu mengisi nama dan menjaga kebersihan serta menurunkan barang-barang yang disumbangkan di atas meja yang disediakan.

02.10.21-Smbgan dari Majlis Belia Brunei (7).JPG

02.10.21-Smbgan dari Majlis Belia Brunei (9).JPG

PUBLIC DONATES 215 BAGS OF RICE

[Source: Borneo Bulletin]

Story: Izah Azahari (Borneo Bulletin)

Foto: Ak Hussni bin Pg Hassan (KKBS)

BANDAR SERI BEGAWN, Sat, 2 October 2021 - A total of 215 bags of rice were dropped off at the Drive-Through Donation at the Hassanal Bolkiah National Stadium yesterday. The contribution was made by the public, through the Brunei Youth Council.

Legislative Council member cum Brunei Youth Council President Yang Berhormat Khairunnisa binti Haji Ash'ari presented the contribution to Deputy Permanent Secretary (Cultural) at the Ministry of Culture, Youth and Sports (MCYS) Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah. Head of the Drive-Through Donation Youth Volunteers Pengiran Mohammad Al-Nizar Pengiran Azahari was also present.

The Drive-Through Donation is an initiative by the COVID-19 Youth Volunteers with support from the MCYS, held at the VIP Entrance, Holding Area of the stadium.

The campaign is held Mondays to Thursdays and Saturdays, from 8.30am to 2pm, on Fridays from 9am to noon and 2pm to 3pm, and on Sundays, from 9am to 3pm.

The public can place the donated items on the provided table. The required items are rice, sugar, canned food, instant noodles, Nescafe, tea, Milo, coffee, eggs, biscuits, mineral water, potatoes, cooking oil, disposable diapers and milk formula for children under five years.

The initiative aims to assist the government in providing basic donations to communities in need during the COVID-19 outbreak.

The campaign aims to serve as a dedicated platform to collect public donations.

Attachments
Created at 10/2/2021 4:49 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 10/7/2021 2:57 PM by Lee Chin Foo