Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KEDUTAAN, KOMUNITI PERNIAGAAN JERMAN HULUR SUMBANGAN

​[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haniza Abdul Latif (Penerangan)

Foto: Ak Hussni bin Pg Hassan (KKBS)

BERAKAS, Sabtu, 2 Oktober 2021 - Bersempena dengan Hari Penyatuan Republik Persekutuan Jerman Ke-31 (31st Day of German Unity), Kedutaan Republik Persekutuan Jerman dan Komuniti Perniagaan Jerman di Negara Brunei Darussalam (NBD) mengadakan Projek Sumbangan Secara Pandu Lalu (Drive Through Donation Project), yang diadakan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, di sini.

Hadir bagi menerima sumbangan tersebut, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari.

Turut hadir, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke NBD, Puan Yang Terutama Gerda Winkler; dan Ketua Unit Sumbangan Pandu Lalu Sukarelawan Belia, Pengiran Mohamad Al-Nizar bin Pengiran Azahari.

Sumbangan-sumbangan berkenaan dihulurkan kepada mereka yang memerlukan, khususnya yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan pekerja-pekerja asing berupa pek makanan, termasuk beras; minyak masak; gula; beberapa jenis minuman; makanan-makanan kering; dan barangan keperluan, seperti lampin bagi anak damit.

Projek Sumbangan Secara Pandu Lalu itu merupakan salah satu projek yang dilaksanakan, di samping sumbangan individu yang dibuat oleh Ahli Komuniti Perniagaan Jerman sejak 16 bulan yang lalu.

Hari Penyatuan Republik Persekutuan Jerman diraikan bagi memperingati perpaduan nasional dalam mengakhiri perpecahan selama berpuluh-puluh tahun, iaitu semasa tembok yang dibina pada 1961 menembusi Jerman dan negara-negara Eropah serta seluruh dunia setelah beberapa dekad.


02.10.21-German drive-thru donation (1).JPG

02.10.21-German drive-thru donation (3).JPG


[Release prepared by Embassy of the Federal Republic of Germanay, Bandar Seri Begawan]

Drive-Thru Donation By German Ambassador And German Business Community In Brunei Darussalam on the Occasion of the 31st Day of German Unity

Hassanal Bolkiah National Stadium (VIP Entrance), Saturday, 2 October 2021- The COVID-19-pandemic has prevented us from physically celebrating the 31st Day of German Unity with our friends in Brunei Darussalam. Instead, the Ambassador of the Federal Republic of Germany and members of the German Business community in Brunei have contributed to the "Drive Through Donation Project" organized by youth volunteers, supported by the Ministry of Culture, Youth and Sports of Brunei Darussalam.

Participating from the German side are Ambassador Gerda Winkler, Captain Jo Krill - Lufthansa Technik, Medetec Sdn Bhd MD Anil Kumar, Muara Maritime Services Technical MD Geerd Breffka (for Lürssen Shipyard), National Insurance Company Berhad GM Klaus Tomalla and thyssenkrupp Industrial Solutions CEO Kai-Henning Vathje.

Basic food packs were handed over to be distributed to people in need, especially those affected by the pandemic situation and including migrant workers, to Yang Mulia Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari - Permanent Secretary, Ministry Of Culture, Youth & Sports (Community and Culture), Yang Mulia Pengiran Mohamad Al-Nizar bin Pengiran Azahari – Head of Youth Volunteers.

This is just another contribution in addition to the contributions German business community members have individually made over the last 16 months.

We thank Hua Ho Kiulap for their kind assistance in obtaining and transporting the supplies. The donation includes about 600 kg of rice, 480 l cooking oil, 180 kg sugar, 100 kg Milo and also tea, coffee, coffe mate, tinned tuna, noodles, biscuits, mineral water, diapers, toilet paper.Lunch packs were distributed to the helping volunteers.  

Attachments
Created at 10/2/2021 12:56 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 10/7/2021 2:43 PM by Lee Chin Foo