Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PELANCARAN INDEKS PEMBANGUNAN BELIA ASEAN FASA II

​[Siaran Media - Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan]

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 30 Ogos 2021 - Mesyuarat Menteri Belia ASEAN (AMMY) hari ini melancarkan laporan Indeks Pembangunan Belia ASEAN Fasa II, bersempena dengan Hari Belia Antarabangsa 2021 melalui videoconference.

Indeks Pembangunan Belia ASEAN Fasa II yang memfokuskan kepada domain ke-lima: Memahami Bagaimana Belia Melihat ASEAN: Kesedaran, Nilai dan Identiti. Ini adalah untuk mengenal pasti masalah utama belia dan untuk melihat perspektif belia mengenai ASEAN. Matlamat utama adalah untuk menjadikan asas kepada pembuat dasar dan pihak berkepintingan untuk membuat keputusan, rancangan, dan dasar untuk mendokong para belia; untuk mempromosikan pembangunan belia; dan untuk melihat bagaimana kesedaran dan penerimaan belia terhadap ASEAN akan dapat ditingkatkan.

AMMY telah melancarkan Fasa Pertama Indeks Pembangunan Belia (YDI) pada tahun 2017 merangkumi empat domain iaitu pendidikan, kesihatan dan kesejahteraan, pekerjaan dan peluang serta penyertaan dan penglibatan.

Belia adalah agenda penting di seluruh negara dan memerlukan perhatian kerana mereka adalah pemimpin kita sekarang dan masa depan dan pemangkin pembangunan ekonomi, sosial dan budaya. Untuk mempastikan pembangunan belia yang berkesan, adanya keperluan untuk mewujudkan banyak dasar berasaskan bukti mengenai pembangunan belia. Di sinilah Indeks Pembangunan Belia (YDI) menjadi penting sebagai asas untuk merumuskan dasar dan program berkaitan pembangunan belia baik di Negara Anggota ASEAN dan ASEAN.

Hadir ke majlis pelancaran tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

30.08.21-Launching of ASEAN Youth Dev Index Phase II.jpeg

 

LAUNCHING OF ASEAN YOUTH DEVELOPMENT INDEX PHASE II

BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 30 August 2021– The ASEAN Ministerial Meeting on Youth (AMMY) today launched the report of ASEAN Youth Development Index Phase II, in the spirit of 2021 International Youth Day via videoconference.

The ASEAN Youth Development Index Phase II focusing on the Fifth Domain: Understanding How Young People See ASEAN: Awareness, Values and Identity. It is to determine what problems are important to youth and to determine their impressions about ASEAN. The goal was to create a tool that policymakers and stakeholders could use to make conversant decisions, plans, and policies to support youth; to promote their development; and to see how youth awareness and acceptance of ASEAN might be boosted.

The AMMY launched the First Phase of Youth Development Index (YDI) in 2017 covered four domains which are education, health and well-being, employment and opportunities and participation and engagement.

Youth is an important agenda of the population in any country and are in need of attention as they are both our current and future leaders and the catalyst for economic, social and cultural development. In order to facilitate effective youth development, there is a need for more evidence-based policies on youth development. This is where the Youth Development Index (YDI) becomes important as the basis for formulating related policies and programmes on youth development both at ASEAN and ASEAN Member States.

The launching was attended by Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Permanent Secretary (Administration, Finance and Estate), Ministry of Culture, Youth and Sports.

Attachments
Created at 8/31/2021 2:29 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 9/1/2021 2:23 PM by Dk Hafizatul Rahmaaniah Binti Pg Hj Yunus @ Dk Siti Nurul