Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
HARI KESEDARAN AUTISME SEDUNIA DIRAIKAN

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman (Penerangan)

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman (KKBS)


BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 2 April 2021 - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (The United Nations General Assembly) mengisytiharkan setiap 2 April sebagai Hari Kesedaran Autisme Sedunia (WAAD).

Setiap tahun, sejak tahun 2008, Persatuan Bagi Autisme Dalam Latihan, Pendidikan dan Sumber Brunei Darussalam (SMARTER) Brunei tidak pernah ketinggalan untuk menyambut sambutan tersebut.

Pada tahun ini, SMARTER Brunei meraikan sambutan tersebut dengan menyalakan lampu berwarna biru di Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Jalan Residency, di ibu negara.

Gerakan 'Light it Up' (Light It Up Movement) adalah gerakan yang disambut secara global yang menyaksikan monumen atau mercu tanda terkenal di seluruh dunia dinyalakan khusus bagi memperingati dan meraikan sambutan tersebut.

02.04.21-Pelancaran E- Pitah sempena  Sambutan Hari Kesedaran Austisma Sedunia  (5).jpg

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan pelancaran Sambutan WAAD, Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Sempena WAAD pada tahun ini, SMARTER Brunei juga melancarkan buletin digital mereka bertajuk 'E-Pitah. Buletin edisi ke-14 yang dilancarkan ini boleh diakses melalui laman sesawang mereka untuk membantu meningkatkan lagi kesedaran dan bertindak sebagai alat untuk memastikan bahawa maklumat yang relevan, nyata dan tepat disampaikan kepada semua orang.

PITAH dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu 'P' untuk Pengalaman Peribadi, 'I' untuk Inovasi dan Idea, 'T' untuk Latihan, 'A' untuk Pencapaian dan 'H' untuk Talian Bantuan.

Terdahulu, Yang Dipertua SMARTER Brunei, Pengiran Zamri bin Pengiran Haji Bujang dalam ucapan alu-aluannya antara lain berkata, SMARTER Brunei percaya, Hari Kesedaran Autisme Sedunia bukan hanya mengenai kesedaran tetapi ia juga hendaklah menerima (acceptance) dan yang paling penting adalah Hari Tindakan (Action Day).

Oleh itu jelasnya, SMARTER Brunei kini menyambut Hari Kesedaran, Penerimaan dan Tindakan Autisme Sedunia.

Beliau menambah, SMARTER Brunei dalam 20 tahun kewujudannya mengetahui betapa pentingnya kesedaran, namun kesedaran sahaja tidak akan mencukupi. Setiap program kesedaran yang dijalankan mesti dan harus merangkumi komponen penerimaan yang membangkitkan dan memastikan bahawa hak semua individu dengan autisme ditegakkan.

Dengan perkembangan SMARTER Brunei untuk terus bergerak maju dan sentiasa melihat ke hadapan ujarnya, sambutan malam ini membawa kenangan manis dengan pelancaran E-Pitah.

"Dengan mendigitalkan PITAH, ia bukan sahaja dapat diakses di Negara Brunei Darussalam, tetapi juga di seluruh dunia. Kami berharap agar SMARTER Brunei akan dapat mempamerkan kejayaan luar biasa yang telah kami capai dengan sokongan daripada semua pihak dan mengongsikan kepada dunia luar bahawa Brunei mempunyai salah sebuah pusat terbaik bagi austisme," ujarnya menambah.

Selepas pelancaran tersebut, Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan turut menyaksikan pameran daripada SMARTER Brunei.

Turut hadir pada majlis tersebut, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash'ari; Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Pembangunan dan Kementerian, Kebudayaan Belia dan Sukan.

02.04.21-Pelancaran E- Pitah sempena  Sambutan Hari Kesedaran Austisma Sedunia  (7).jpg

02.04.21-Pelancaran E- Pitah sempena  Sambutan Hari Kesedaran Austisma Sedunia  (1).jpg

02.04.21-Pelancaran E- Pitah sempena  Sambutan Hari Kesedaran Austisma Sedunia  (3).jpg

Attachments
Created at 4/3/2021 11:37 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 4/5/2021 3:27 PM by Lee Chin Foo