Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KHATAM AL-QURAN SEMPENA MEMPERINGATI JASA AL-MARHUM DYTM

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haniza Abdul Latif (PEnerangan)

Foto: Hajah Ajijah Ali (KKBS)


LAMBAK KANAN, Isnin, 8 Februari 2021- Seramai 32 ahli Pusat Kegiatan Warga Emas, Daerah Brunei dan Muara (PKWE DBM) mengakhiri bacaan Al-Quran dengan Majlis Khatam Al-Quran bersempena 100 Hari Kemangkatan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah bertempat di Dewan Kemasyarakatan, Jalan 77, Rancangan Perumahan Negara Kampung Lambak Kanan.

Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 08022021 Majliis Khatam Al-Quran bagi Kemangkatan Al-Marhum DYTM Pengiran Muda Haji Abdul Azim (3).jpg

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Diikuti dengan bacaan Takhtim, Doa Khatam dan Tahlil yang dipimpin oleh Guru Pembimbing Al-Quran PKWE DBM, Awang Hisshamuddin bin Haji Mahmud, dan diteruskan dengan Dikir Marhaban dan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan oleh Awang Haji Mohd. Yadli bin Haji Yusof.

08022021 Majliis Khatam Al-Quran bagi Kemangkatan Al-Marhum DYTM Pengiran Muda Haji Abdul Azim (2).jpg

Bacaan Khatam Al-Quran bersempena 100 Hari Kemangkatan Al-Marhum DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim yang telah bermula pada 25 Januari 2021 lalu sebagai tanda kasih sayang dan taat setia ahli-ahli PKWE DBM kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Selain itu, ia juga bertujuan bagi memperingati jasa Al-Marhum DYTM yang merasmikan pusat berkenaan pada 13 Mei 2013.

Majlis tersebut merupakan inisiatif daripada Pengurus dan Penolong-penolong Pengurus, Ahli-ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli PKWE serta kerjasama dari Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dayang Saidah binti Haji Wahid @ Burut dan Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.


Attachments
Created at 2/9/2021 9:10 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/9/2021 9:10 AM by Lee Chin Foo