Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MEMPERKUKUHKAN PERANAN ASCC

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 8 Februari 2021 - Mesyuarat Retreat Pegawai-Pegawai Kanan Tonggak Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (SOCA) yang diadakan secara persidangan video antara lain bertujuan bagi membincangkan bidang-bidang keutamaan dan 'deliverables' Tonggak Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC) Bagi Tahun 2021.

ASCC merupakan salah satu daripada tiga tonggak di bawah Majlis Komuniti ASEAN. Retreat ini merupakan Mesyuarat Pertama Pegawai-Pegawai Kanan (SOCA) tahun ini yang turut dihadiri oleh Sekretariat ASEAN.

Di bawah tema kepengerusian Negara Brunei Darussalam (NBD) bagi ASEAN 2021, 'We Care, We Prepare, We Prosper', Ketua-Ketua SOCA bersetuju bagi memfokuskan ke arah memperkukuhkan peranan ASCC, khususnya melalui kerjasama 'inter-pillar' dan 'cross-sectoral' dengan mengekalkan 'ASEAN's Centrality'.

Ini akan dilaksanakan melalui mekanisme yang dipandu oleh ASEAN (ASEAN-led mechanisms) dalam semangat komuniti yang melibatkan dan memberikan manfaat kepada rakyatnya serta ke arah masyarakat yang prihatin, bersedia dan sejahtera dalam setiap tindakan.

Mesyuarat tersebut juga menekankan semula komitmen ASEAN untuk terus meningkatkan usaha serantau ke arah mengurangkan impak pandemik COVID-19, dengan melaksanakan 'ASEAN Comprehensive Recovery Framework' dan susulan cadangan-cadangan 'Mid-Term Review of the ASCC Blueprint 2025' iaitu ke arah meningkatkan kedayatahanan dan kelestarian masyarakat.

Di antara bidang-bidang keutamaan yang dibincangkan adalah peningkatan kefahaman khususnya dalam kalangan rakyat ASEAN dan pemerkasaan mereka yang termasuk memperkukuhkan lagi perlindungan sosial, pembangunan belia dan mengembangkan agenda berkaitan perubahan iklim.

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) selaku Sekretariat Kebangsaan Tonggak ASCC diketuai oleh Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan), KKBS, Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, selaku Ketua SOCA bagi NBD yang juga merupakan pengerusi bagi mesyuarat tersebut.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Ketua-Ketua SOCA dan delegasi negara-negara ASEAN serta Timbalan Setiausaha Agung ASEAN bagi ASCC, Tuan Yang Terutama Kung Phoak dan Pegawai-pegawai Sekretariat ASEAN yang berkaitan.

Wakil-wakil kebangsaan daripada badan-badan sektoral ASCC juga turut menghadiri mesyuarat tersebut. Mesyuarat juga membincangkan persediaan SOCA bagi Mesyuarat Ke-25 Majlis Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (25th ASCC) dan Mesyuarat-mesyuarat SOCA / ASCC serta acara-acara yang berkaitan, yang akan diadakan pada bulan Mac 2021.

 08.02.21-SOCA online meeting at ICC.jpg

 [Source: KKBS-English Version]

SENIOR OFFICIALS COMMITTEE FOR THE ASEAN SOCIO-CULTURAL COMMUNITY (SOCA) RETREAT DISCUSSES PRIORITIES AND DELIVERABLES FOR BRUNEI DARUSSALAM'S ASEAN CHAIRMANSHIP 2021 

Bandar Seri Begawan, Monday, 8 FEBRUARY 2021 - The Senior Officials Committee for the ASEAN Socio-Cultural Community (SOCA) Retreat was held on 8 February 2021 via video conference. The ASEAN Socio-Cultural Community (ASCC) Pillar is one of the three ASEAN Community Councils, and this is the first meeting among the Senior Officials of the ASCC this year, together with the ASEAN Secretariat, deliberating on the priorities and deliverables of the ASCC agenda for year 2021.

Under Brunei Darussalam's theme for ASEAN2021, "We Care, We Prepare, We Prosper", SOCA Leaders agreed to focus on strengthening ASCC's role, particularly through inter-pillar and cross-sectoral cooperation whilst maintaining ASEAN's centrality. These will be carried out through ASEAN-led mechanisms in the spirit of a community that engages and benefits its people; and a community that is caring, prepared and prosperous in all its actions.

The meeting also reiterated ASEAN's commitment to continue regional collective efforts to mitigate the impacts of the COVID-19 pandemic, by implementing the ASEAN Comprehensive Recovery Framework, and following up to the recommendations of the Mid-Term Review of the ASCC Blueprint 2025, to enhance the ASEAN Community's resilience and sustainability. Among the priority areas also discussed were fostering greater understanding among the peoples of ASEAN and their empowerment including through the strengthening of social protection; youth development; and advancing the climate change agenda.

The Ministry of Culture, Youth and Sports as Brunei Darussalam's National Secretariat of the ASCC Pillar, led by Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Permanent Secretary (Community and Culture), in her capacity as Brunei Darussalam's SOCA Leader, chaired the meeting. In attendance were the SOCA Leaders and delegates of ASEAN Members States and His Excellency Kung Phoak, Deputy Secretary-General of ASEAN for ASCC and staff of the ASEAN Secretariat. National representatives of sectoral bodies under the ASCC were also present during the meeting.

The meeting further discussed SOCA's preparations for the 25th ASEAN SocioCultural Community Council and SOCA meetings, as well as, ASCC-related meetings and events, to be held in March 2021.

Attachments
Created at 2/9/2021 9:02 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/10/2021 8:10 AM by Lee Chin Foo