[Sumber: Pelita Brunei]
Berita: Aimi Sani (Penerangan
Foto: Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman (Penerangan) dan Hj Norfaisal bin Hj Mat Salleh (KKBS)
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 19 Januari 2021 - Sempena Ulang Tahun Penubuhan Ke-25 Tahun (Jubli Perak), Jawatankuasa Eksekutif Takmir Masjid Kampung Batu Marang mengadakan Majlis Sambutan Jubli Perak, yang diadakan di Masjid Kampung Batu Marang, hari ini, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.
.jpg)
.jpg)
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid / Ketua Imam Masjid Kampung Batu Marang, Awang Saiful Rizal bin Haji Abdul Ghafar, disusuli dengan ucapan alu-aluan daripada Imam Masjid Kampung Batu Marang, Awang Muhammad Sharine Hadiman bin Sahari selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Majlis.
Acara kemudiannya menyaksikan Majlis Pembukaan Tirai Papan Kenangan, disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis, diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada para Imam yang pernah dan sedang bertugas di masjid berkenaan.
.jpg)
Majlis turut diserikan dengan Persembahan Dikir Marhaban, dibawakan oleh Penduduk Kampung Batu Marang sendiri.
Bacaan Doa Selamat 'Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam' dibacakan oleh egawai Hal Ehwal Masjid / Ketua Imam Masjid Kampung Batu Marang, Awang Saiful Rizal.
.jpg)
.jpg)