Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Foto: Hajah Ajijah Ali (KKBS)
Bandar Seri Begawan, Isnin, 18 Jan 2021 – Unit Strategi Dan Dasar, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mengadakan sesi Taklimat Pemberigaan Pelan Strategik KKBS 2020-2024 bagi pegawai dan warga kakitangan di jabatan-jabatan/bahagian-bahagian/unit masing-masing, yang berlangsung di Dewan Digadong.
Taklimat kepada pegawai dan warga kakitangan kementerian dan jabatan adalah satu inisiatif bagi memastikan warga kerajaan mengetahui akan pelan strategik tersebut, dan akan dapat mensejajarkan tugas dan tanggungjawab mereka kepada Pelan Strategik KKBS 2020-2024.
Taklimat pemberigaan akan diadakan selama 4 hari dan akan dihadiri oleh warga kakitangan dari jabatan-jabatan dibawah Kementerian secara bergilir dengan keramaian yang ditetapkan.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
